Katy Perry antara 6 kru wanita bakal sertai misi ke angkasa lepas menaiki roket Blue Origin


  • Relaks
  • Ahad, 02 Mac 2025

Katy Perry akan menyertai misi ke angkasa lepas dengan menaiki roket Blue Origin, namun tarikh belum diumumkan. — @katyperry& Blue Origin

BINTANG pop terkenal antarabangsa Katy Perry dan wartawan Gayle King serta tunang Jeff Bezos, Lauren Sanchez merupakan antara enam kru wanita yang bakal berlepas ke angkasa lepas dengan roket Blue Origin.

Ia sekali gus menjadikan mereka kru penerbangan wanita pertama dalam lebih enam dekad yang mengembara ke angkasa lepas.

Memetik laporan The New York Times, syarikat milik Bezos dalam satu kenyataan memaklumkan, kapal angkasa suborbital, Roket New Shepard dengan ketinggian 59 kaki (18 meter) akan membawa mereka ke sempadan angkasa lepas yang dikenali sebagai garis Kármán yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

BACA LAGI: [VIDEO] Gara-gara pandu Kelisa ke Parlimen, Teo Nie Ching pernah kena halau dengan pak guard

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ini surat mahkamah', lelaki mirip warga Pakistan didakwa halau penduduk kampung lepas beli tanah di Beaufort

Enam kru wanita yang bakal berlepas ke angkasa lepas dengan roket Blue Origin. — Instagram/@katyperry

Para penumpang akan menikmati beberapa minit pengalaman mikrograviti sebelum kembali ke Bumi dengan pendaratan menggunakan payung terjun di padang pasir West Texas.

Selain mereka, kru tersebut turut melibatkan ahli sains roket NASA, Aisha Bowe, penyelidik bioastronautik, Amanda Nguyen dan Penerbit Filem, Kerianne Flynn.

Bagaimanapun, syarikat tersebut masih belum mengumumkan tarikh pelancaran misi itu.

Penerbangan ini merupakan penerbangan manusia ke-11 untuk roket tersebut dan yang ke-31 secara keseluruhan.

Rekod terakhir penerbangan angkasa sepenuhnya wanita berlaku pada tahun 1963 yang dikendali oleh wanita pertama di angkasa menerusi misi solo angkasawan Soviet dari Rusia, Valentina Tereshkova.

Penerbangan pertama New Shepard dengan kru pada Julai 2021 membawa Jeff Bezos dan abangnya, Mark.

Sejak itu, roket berkenaan turut membawa bekas pemain National Football League (NFL) Michael Strahan dan pelakon Star Trek, William Shatner, yang menjadi manusia tertua di angkasa pada usia 90 tahun.

Bulan lepas, roket besar syarikat itu, New Glenn melancarkan misi pertamanya dari Florida, menandakan permulaan perjalanan ke orbit Bumi untuk Blue Origin dalam usaha bersaing dengan SpaceX dalam pasaran pelancaran satelit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram