Pelik tapi benar, memburu katak dan koleksi serangga antara hobi pelik selebriti global


  • Hobi
  • Rabu, 30 Nov 2022

Memburu katak antara salah satu hobi pelik yang menjadi kegemaran artis antarabangsa pada waktu lapang.

GOLONGAN selebriti lazimnya dianggap sempurna kerana sering tampil cantik dan kacak ketika di hadapan umum.

Berselindung di sebalik imej menawan, ironinya selebriti juga merupakan insan biasa seperti orang lain.

Mereka turut memiliki kegemaran dan keinginan yang dilakukan terutama pada waktu lapang.

Tidak kurang daripada itu, barisan artis luar negara seperti Julia Roberts terkenal dalam kalangan komuniti mengait.

Begitu juga dengan aktor Tom Hank yang memiliki hampir 300 mesin taip vintaj. Menariknya kebanyakan mesin tersebut masih boleh dipakai.

Bagaimanapun, ada antara mereka yang memiliki hobi pelik dan berkemungkinan sukar untuk dipercayaai.

Johnny Depp

majoriti2022 (14)

Aktor yang popular dengan watak Captain Jack Sparrow dalam siri filem Pirates of The Caribbean, Johnny Depp memiliki hobi luar biasa yang bertentangan dengan karakternya.

Dilihat sebagai seorang maskulin dan gagah perkara, Depp sebaliknya merupakan seorang yang gemar mengumpul anak patung Barbie.

Difahamkan, Depp bukan sahaja gemar mengumbul, malah dia juga akan meluangkan masa untuk bermain-main dengan patung tersebut.

Bermula daripada koleksi biasa, Depp dipercayai memiliki beberapa koleksi patung Barbie edisi khas antaranya seperti Beyonce, Paris Hilton dan Marilyn Monroe.

Penelope Cruz

majoriti2022 (4)

Setiap individu memiliki kecenderungan masing-masing. Begitu juga dengan aktres jelita, Penelope Cruz yang gemar menjadikan penyangkut baju sebagai koleksi.

Cruz hanya tertarik kepada penyangkut baju yang bukan diperbuat daripada logam.

Dianggarkan dia memiliki sekitar 500 unit penyangkut baju daripada pelbagai saiz.

Claudia Schiffer

majoriti2022 (16)

Model 1990-an yang pernah menjalinkan hubungan dengan pakar ilusi David Copperfield, Claudia Schiffer antara selebriti yang memliki hobi luar biasa.

Schiffer sebenarnya seorang penggemar pengumpul serangga. Sejak kanak-kanak dia sudah terbiasa mengumpul haiwan seperti labah-labah.

Setelah dewasa dan berumah tangga, koleksi serangga miliknya disimpan rapi di bilik bacaan khas yang tidak ubah seperti galeri serangga.

Katy Perry

majoriti2022 (15)

Luar biasa dan boleh dianggap tidak masuk akal. Penyanyi popular dengan lagu Electric itu dianggap pelik kerana gemar mengumpul rambut artis.

Ibu kepada Daisy Dove Bloom itu juga sebelum ini pernah mengakui mengumpul rambut artis Miley Cyrus dan Taylor Swift di dalam begnya.

Anehnya, kedua-dua penyanyi itu dipercayai tidak menolak permintaan Perry dan hanya menurut.

Perrry juga pernah memberitahu tujuannya berbuat demikian kerana menghargai mereka sebagai teman rapat.

Bagaimanapun, hubungannya dengan Swift menjadi dingin selepas Perry melancarkan perang kerana dipercayai merampas John Mayer daripadanya.

Paris Hilton

majoriti2022 (17)

Siapa sangka si jutawan jelita, Paris Hilton seorang penggemar haiwan amfibia, katak.

Wanita berusia 41 tahun itu mengakui sudah lama melakukan aktiviti memburu katak sejak usianya masih muda.

Dia akan menghabiskan masa seharian menangkap katak dan kemudian melepaskannya di habitat asal semula setiap kali selepas menangkapnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram