Kanak-kanak Malaysia menghadap skrin hingga 6 jam, tip untuk ibu bapa kawal 'screen time' anak-anak


  • Relaks
  • Isnin, 24 Feb 2025

Ibu bapa perlulah mengawal masa anak-anak menggunakan telefon pintar.

DALAM dunia digital yang semakin berkembang pesat, ibu bapa kini berdepan cabaran baharu dalam mengurus penggunaan teknologi anak-anak mereka. 

Menurut Google Trends, carian berkaitan ‘screen time’ di Malaysia mencapai tahap tertinggi pada Disember 2024 yang menunjukkan betapa ibu bapa semakin prihatin dalam mengurus tabiat digital anak-anak. 

Menyedari kepentingan keselamatan dalam talian, Google Malaysia mengambil langkah proaktif dengan menyediakan alat kawalan ibu bapa yang lebih mudah digunakan bagi membantu keluarga mengawal masa skrin dan kandungan yang diakses oleh anak-anak mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] Sibuk 'bergayut' telefon waktu kerja, pekerja kilang 'bergulung' ditelan mesin proses plastik

BACA LAGI: [VIDEO] Hilang lepas COD, gadis Indonesia ditemukan dalam sungai, diperkosa 3 lelaki termasuk kekasih dari Perak

Generasi muda mudah terpengaruh dengan telefon pintar.

Menurut Tinjauan Keselamatan Dalam Talian, APAC Kids and Families, tiga daripada empat kanak-kanak Malaysia menghabiskan antara satu hingga enam jam sehari di platform digital. 

Antara kebimbangan utama ibu bapa ialah pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai seperti maklumat salah yang dilaporkan oleh 56.4 peratus golongan ibu bapa, iklan mengelirukan yang menjadi kebimbangan sebanyak 52.3 peratus ibu bapa, serta kandungan ganas yang disebut sebagai isu utama bagi 45.9 peratus ibu bapa. 

Seiring dengan peningkatan penggunaan Internet dalam kalangan kanak-kanak, data Google menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus dalam carian mengenai screen time yang disyorkan mengikut umur. 

Ini membuktikan bahawa ibu bapa semakin proaktif dalam mencari penyelesaian untuk mengurus risiko digital yang dihadapi anak-anak mereka.

Alat dan Kawalan Ibu Bapa oleh Google

Untuk membantu ibu bapa mengurus digital anak-anak mereka, Google telah membangunkan beberapa ciri dan kawalan keselamatan merentas produknya, termasuk:

1. Family Link

- Aplikasi itu membolehkan ibu bapa memantau aktiviti dalam talian anak-anak mereka.

- Ibu bapa juga boleh menetapkan had masa skrin dan waktu rehat.

- Memudahkan ibu bapa untuk mengurus aplikasi yang boleh diakses oleh anak-anak mereka.

- Family Link juga membolehkan seseorang menyemak lokasi peranti anak mereka secara langsung.

Sikap ketagihan terhadap telefon pintar boleh menyebabkan kurangnya tidur yang mencukupi.

2. SafeSearch

Google secara automatik mengaktifkan SafeSearch bagi semua pengguna di bawah umur 18 tahun untuk menyekat kandungan eksplisit seperti gambar, video dan laman web yang tidak sesuai.

3. Kawalan di YouTube

Google juga membangunkan beberapa ciri untuk memastikan tontonan selamat di YouTube, termasuk:

- Aplikasi khas iaitu Youtube Kids yang membolehkan ibu bapa mengawal had masa skrin, pemilihan kandungan berdasarkan umur dan penyaringan video yang ditonton anak mereka.

- Di YouTube bahagian utama, ibu bapa kini mampu mengawal jenis kandungan yang boleh diakses oleh anak-anak mereka.

- Simbol peringatan waktu rehat dan tidur secara automatik juga boleh diaktifkan bagi pengguna di bawah umur 18 tahun untuk menggalakkan tabiat digital yang sihat.

Ibu bapa perlulah mengawal masa anak-anak menggunakan telefon pintar.

4. Kawalan di Google Chrome

Ibu bapa boleh mengurus akses anak-anak mereka ke laman web tertentu melalui penyemak imbas Chrome di peranti Android dan Chrome OS.

Mereka boleh memilih untuk hanya membenarkan akses ke laman web tertentu atau menyekat laman web yang tidak sesuai.

Selain menyediakan kawalan teknologi, Google juga melabur dalam program pendidikan digital bagi membantu kanak-kanak memahami keselamatan dalam talian. 

Program Be Internet Awesome, yang tersedia dalam bahasa Melayu melalui DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) memberi manfaat kepada lebih 148,000 kanak-kanak di Malaysia. 

Program itu memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai cara mengenali ancaman dalam talian serta bagaimana melindungi maklumat peribadi mereka ketika menggunakan Internet.

Tambahan pula, Google memperkenalkan Be Internet Awesome World, sebuah pengalaman permainan interaktif di Roblox untuk mengajar kanak-kanak mengenai keselamatan digital. 

Melalui platform itu, mereka dapat belajar cara mengenali percubaan pancingan data, memahami ancaman keselamatan siber dan membangunkan pemikiran kritis mengenai keselamatan dalam talian. 

Pengalaman itu membolehkan kanak-kanak bermain pelbagai permainan yang berasaskan topik keselamatan digital, sekali gus memberi mereka pemahaman yang lebih mendalam mengenai keselamatan Internet melalui pendekatan yang menyeronokkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram