'Sampai sekarang saya masih sesuaikan diri', Wany Hasrita pernah rasa terlampau penat selepas bergelar ibu


  • Relaks
  • Isnin, 17 Feb 2025

Wany Hasrita berkongsi kehidupannya selepas bergelar seorang ibu.

PERJALANAN bergelar ibu bukan sesuatu hal mudah.

Hanya insan yang merasainya tahu betapa kuatnya jiwa dan kesabaran diperlukan.

Penyanyi Wany Hasrita juga tidak terkecuali berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai perjalanan status seorang ibu selepas melahirkan puteri sulung, Aishah Al Iman.

BACA LAGI: Nelayan tergamam jumpa rangka manusia tepi pantai di Pekan, tiada kes Orang Hilang jadikan identiti si mati masih misteri

BACA LAGI: [VIDEO] Hidupkan mesin tak toleh kiri kanan, kecuaian rakan sekerja punca operator kilang maut tersepit mesin hidraulik di China 8 tahun lepas

6154562220068029004

Wany Hasrita bersama Mohd Al-Adib mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022.

Sejak mendirikan rumah tangga dengan Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022, kehidupan Wany banyak berubah dengan kehadiran anak yang kini berusia setahun tujuh bulan.

Bagi pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullan itu, cabaran terbesar selepas menjadi ibu adalah menyesuaikan diri dengan kehidupan disifatkan berbeza.

Sebelum ini, Wany seorang yang aktif dan sering bergerak pantas. Namun, dengan kehadiran cahaya mata rutin harian berubah sepenuhnya.

"Sebelum ni, saya memang jenis yang suka keluar rumah tanpa banyak persiapan. Tapi apabila ada anak, saya perlu pastikan segala keperluan anak tersedia.

"Banyak barang yang perlu dibawa dan semuanya harus teratur. Ia agak mencabar pada awalnya, sebab saya perlu lebih relaks dan pastikan segala kelengkapan ada," katanya kepada Majoriti.

6154562220068029001

Wany Hasrita mengakui selepas berkeluarga kehidupannya lebih teratur dan tenang.

Namun, beliau mengakui bahawa proses menyesuaikan diri membuatkan hidupnya menjadi lebih tenang dan teratur.

"Saya jadi lebih tenang dan relaks dalam menjalani kehidupan seharian," tambah Wany.

Mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan peranan barunya sebagai seorang ibu, Wany mengakui bahawa masih dalam proses belajar.

Meskipun Aishah Al Iman kini semakin membesar, perangai dan keperluan anak berubah mengikut usia.

"Sampai sekarang pun saya masih menyesuaikan diri. Anak saya sudah setahun tujuh bulan dan perkembangan mereka sangat cepat. Jadi, setiap masa adalah proses pembelajaran buat saya sebagai ibu," jelas Wany.

Sebagai seorang ibu, sudah pasti Wany pernah merasai perasaan terlampau penat atau overwhelmed terutama ketika harus mengimbangi tugas-tugas harian.

6154562220068029003

Wany bersama anaknya, Aishah Al Iman.

Namun, Wany berkata, beliau bersyukur tidak berseorangan dalam menjalani kehidupan bergelar seorang ibu.

"Sudah tentu ada masa-masa rasa overwhelmed. Itu adalah perkara biasa terutama ketika tidak biasa dengan situasi tersebut.

"Tetapi, saya sangat bersyukur kerana dikelilingi sistem sokongan yang sangat membantu. Ibu sentiasa ada memantau di rumah dan jika bekerja, saya mengupah pengasuh untuk menjaga anak," katanya.

Wany juga berkongsi bahawa kehadiran Aishah Al Iman memberi sumber inspirasi dan motivasi baharu dalam hidup.

"Anak ini anugerah daripada ALLAH. Saya selalu ingatkan diri, dia adalah amanah dan pinjaman.

"Kehadiran Aishah memberi saya lebih semangat untuk berusaha, kerana sekarang saya bukan hanya berjuang untuk diri sendiri, tetapi juga untuk masa depannya," tambah Wany. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram