Kasih Diraja untuk Taman Kucing Shah Alam, Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Catopia


  • Massa
  • Khamis, 13 Feb 2025

Tengku Permaisuri Norashikin ceria ketika melawat Catopia di Shah Alam.

TENGKU Pemaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan taman permainan kucing pertama di Shah Alam, Selangor

Taman permainan kucing yang diberi nama Catopia itu dibina oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia menampilkan beberapa kemudahan khas untuk kucing termasuk air pancut mini, tempat perlindungan, jambatan gantung, terowong mainan, makanan serta zon pembersihan yang ditetapkan.

Sebuah perhentian bas yang terletak di sepanjang Persiaran Bandar Raya turut diubah suai sebagai pintu masuk ke taman kucing tersebut.

BACA LAGI: Nelayan tergamam jumpa rangka manusia tepi pantai di Pekan, tiada kes Orang Hilang jadikan identiti si mati masih misteri

BACA LAGI: [VIDEO] Hidupkan mesin tak toleh kiri kanan, kecuaian rakan sekerja punca operator kilang maut tersepit mesin hidraulik di China 8 tahun lepas

Some of the cat during the launch of cat park in Shah Alam called Catopia by the Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Antara kemudahan khas di taman permainan kucing Shah Alam.

Majlis berkenaan selaras dengan pelancaran ‘Ikon Oyen’ sebagai maskot untuk meningkatkan kesedaran pemilikan haiwan peliharaan yang bertanggungjawab.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim dalam pada itu berharap, taman kucing itu akan menjadi tarikan pelancong dan menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tersebut.

“Kami menyasarkan untuk menjadikan taman ini sebagai platform untuk orang ramai dan penduduk Shah Alam membawa kucing mereka menikmati kemudahan yang disediakan supaya kucing dan pemilik dapat meluangkan masa.

The launch of cat park in Shah Alam called Catopia by the Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Kemasukan ke Catopia adalah secara percuma buat masa ini.

“Sejak dibuka, taman ini berjaya menarik kira-kira 1,500 pengunjung termasuk pelancong dan pelajar serta penduduk dari Shah Alam serta daerah lain,” ujarnya.

Kemasukan ke taman itu adalah secara percuma sejak dibuka pada 2024.

Mohd Fauzi berkata, MBSA bagaimanapun sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sedikit bayaran sebanyak RM1 atau RM2 dan sebagai balasan, pengunjung boleh menerima barangan seperti rantai kunci.

Beliau berkata, Catopia Shah Alam sudah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah seperti Anugerah Penciptaan Tempat dan Ruang Awam (Inisiatif Kerajaan), Anugerah Emas dalam kategori Kandungan Perancangan Terbaik dalam Anugerah Media (Media Dalam Talian) pada Anugerah Kecemerlangan Perancangan MIP 2024. — The Star/ LEONG SHU YIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram