
TIDAK seperti lagunya yang berjudul Pudar, penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa, tidak pernah pudar dalam industri seni apabila beliau bakal menggegarkan Malaysia dengan konsert jelajah 'Here I Am pada 14 Jun nanti.
Dengan reputasi sebagai salah penyanyi terbaik di Asia Tenggara, beliau melakar sejarah baharu apabila tiket konsertnya habis terjual dalam masa tiga jam pada prajualan yang diadakan pada 11 November tahun lalu.
Pun begitu, bagi peminat yang gagal merebut tiket pada hari tersebut mempunyai peluang kedua kerana penjualan tiket secara umum akan berlangsung pada 15 Februari ini.
BACA LAGI: Perginya Jumaat yang mulia, Roslan Saleh meninggal dunia dalam tidur pada usia 69 tahun
BACA LAGI: Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Konsert tersebut disifatkan refleksi perjalanan dan pencapaiannya sepanjang lebih 25 tahun dalam industri seni. — Instagram/@itsrossa910
Sementara jualan tiket bagi pemegang kad kredit dan debit Mastercard dan Visa Maybank akan berlangsung pada 14 Februari bermula pukul 10 pagi hingga 10 pagi manakala pada 15 Februari dengan tawaran diskaun istimewa sebanyak 10 peratus.
Konsert dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production serta kerjasama SAH Entertainment itu dijangka menjadi malam penuh emosi dengan himpunan lagu yang menghidupkan kenangan dan persembahan luar biasa.
Bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang mampu menampung kira-kira 16,000 penonton, peminat bakal dimeriahkan dengan beberapa kejutan istimewa termasuk kolaboratif dengan artis tempatan.
Lebih menarik, penyanyi yang popular dengan lagu Ayat-Ayat Cinta, Hey Ladies dan Hati Yang Kau Sakiti itu juga bakal menerbangkan rakan artis popular dari negara itu.
Konsert 'Here I Am' mewarkan harga bermula RM228 hingga RM 788. Instagram/@sahentertainment.my
Pada harga bermula daripada RM228 hingga RM788, peminat ditawarkan lima kategori berbeza iaitu kategori Festival (RM228), Gold (RM288), Platinum (RM388), Diamond (RM588) dan Diamond Center (RM788).
Tiket boleh didapati melalui platform jualan tiket rasmi menerusi Ticket2u.com.my. — Majoriti