
DALAM era digital yang semakin berkembang pesat, media sosial menjadi sebahagian daripada kehidupan anak-anak muda.
Impian untuk menjadi pencipta kandungan (content creator) atau pempengaruh bukan lagi sesuatu yang janggal.
Bagaimanapun, sejauh manakah ibu bapa bersedia menerima atau menyokong minat anak-anak mereka itu?
BACA LAGI: Dari kelas belakang ke 'selempang pink' UiTM, kreativiti pasangan kembar pikat pengguna TikTok
Izara Aishah bersama anak perempuannya, Irisa.
Untuk mengupas dengan lebih mendalam, Majoriti mendapatkan beberapa pendapat selebriti dan pempengaruh tempatan mengenai isu itu.
Pelakon terkenal, Izara Aishah beranggapan tidak salah dan menyokong jika anaknya mahu menjadi pencipta kandungan.
"Kalau anak nak jadi content creator nanti? Baguslah, boleh ambil gambar Izara banyak sikit. Izara boleh buli dia (berseloroh).
"Jadi content creator sahaja jadinya tidak salah. Untuk ibu sendiri, kan free of charge (tidak perlu bayar)," katanya.
Pelakon, Diana Danielle pula menekankan kepentingan mempunyai tujuan yang jelas sebelum 'terjun' ke dunia media sosial.
"Yang penting adalah mengenai nilai yang boleh kita berikan kepada penonton.
"Jika hanya mahu terkenal dan meraih perhatian, itu bukan mindset yang betul. Bila niat hanya untuk mengejar glamor, seseorang boleh hilang batasan dan sanggup buat apa sahaja demi meraih populariti," katanya.
Syatilla Melvin bersama anak lelakinya, Syeriv Samheizy.
Pelakon, Syatilla Melvin juga bersikap terbuka tetapi menegaskan pentingnya kesungguhan yang tinggi.
"Saya tak kisah dia nak jadi apa pun, asalkan dibuat dengan bersungguh-sungguh.
"Jangan hanya ikut trend tanpa hala tuju yang jelas," katanya.
Pencipta kandungan, Syamimi Malek juga memberi izin jika anaknya mahu menjadi pempengaruh.
"Tetapi kemudian, saya akan tengok dia menjadi pempengaruh yang macam mana.
"Kadang-kadang kita tengok di media sosial. Ada content creator yang memberi inspirasi. Tetapi ada juga yang menggunakan cara negatif.
"Saya hanya suka anak-anak saya untuk menjadi individu yang memberi inspirasi yang baik," katanya.
Lufya Omar bersama anak perempuannya, Laana Haura.
Selain itu, pelakon, Lufya Omar pula beranggapan menjadi pempengaruh boleh membantu membina keyakinan diri dan kemahiran komunikasi anak-anak.
Bagaimanapun, jika anak menjadi terkenal pada usia muda, Lufya bimbang dari sudut keselamatan.
"Sekarang ni ramai orang pelik-pelik. Takut ada peminat yang aneh. Lagi satu, takut anak terlalu ketagih dan mengabaikan tanggungjawab utama seperti pelajaran," katanya.
Fasha Sandha bersama keluarga tercintanya.
Pelakon, Fasha Sandha pula melihat menjadi pencipta kandungan sebagai satu perkara skil yang perlu diasah.
"Boleh. Dalam semua perkara pun ada baik dan buruknya, jadi kita ambil dari sudut positif. Sekarang dunia maya, semua benda perlukan content," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram