Rakyat Malaysia suka ke Thailand diingatkan berhati-hati susulan serangan bom


  • 112
  • Rabu, 05 Feb 2025

Seorang lelaki warganegara Malaysia cedera dalam satu letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani di Wilayah Pattani, Selatan Thailand, pada 13 Januari lepas.

RAKYAT Malaysia yang merancang untuk melawat Thailand dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi langkah keselamatan negara berikutan serangan bom di Narathiwat baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menegaskan kepentingan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian yang boleh membahayakan keselamatan pelancong.

“Melancong ke Thailand sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk Kelantan kerana jaraknya yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.

"Bagaimanapun, kejadian seperti letupan bom tidak dapat diramalkan. Pada masa lalu, ada rakyat Malaysia yang cedera dalam serangan sebegitu.

"Oleh itu, saya menggesa pelancong supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi undang-undang dan peraturan Thailand," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.

BACA LAGI: Tayar pancit di Laos, ekspedisi Himalaya antara 'ride' penuh mencabar pasangan sehati sejiwa bersama Kawasaki Vulcan

BACA LAGI: Tak serik patah kaki, memori Kawasaki Kips, sokongan arwah suami penguat semangat teruskan Norehan hobi 'ride'

Mohd Yusoff turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya mengelak sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang Thailand kerana perkara itu boleh membawa kepada komplikasi dan kesukaran kepada kerajaan Malaysia dalam membantu mereka.

Beliau berkata demikian kepada sewaktu diminta mengulas mengenai kejadian serangan insiden bom di Narathiwat, Thailand baru-baru ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram