Terlampau manja, materialistik antara ciri wanita ‘red flag’, perlu jauhi jejas hubungan tidak sihat


  • Relaks
  • Selasa, 04 Feb 2025

Tanda-tanda red flag perlu dikenal pasti dan diperbaiki segera sebelum menjejaskan hubungan yang sebelum ini disemai dengan kasih sayang dan cinta. — Gambar hiasan/ Freepik

DALAM alam percintaan ada kalanya perlu berwaspada dengan tanda-tanda yang boleh menyebabkan hubungan manis pada fasa awalnya bertukar pahit sehingga perpisahan menjadi pilihan.

Berbicara mengenai mengenal pasti tanda-tanda, sukar untuk menidakkan sebahagian besar individu pasti mencari pasangan yang baik, berbudi bahasa, bertanggungjawab ataupun bertimbang rasa.

Bagi golongan wanita sekiranya ciri-ciri sedemikian dimiliki lelaki, maka jejaka berkenaan dikatakan layak dijadikan suami berbanding mereka yang red flag atau narsistik.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengasas ORKIDS rancang buka kafe sindrom Down, platform golongan istimewa berdikari, asah kemahiran sosial

BACA LAGI: [VIDEO] Scha didik Lara, Lyla tidak bermekap, bimbang implikasi bahan produk kosmetik, belum masanya

Pun begitu, perlu diingatkan bahawa baik sikap red flag mahupun tingkah laku negatif ini bukanlah hak mutlak kaum Adam.

Para wanita juga tidak terkecuali memiliki sikap berkenaan antara terlalu cemburu, mendominasi dari segala segi dan beranggapan wanita sahaja yang selalu 'betul'.

Sehubungan itu, Majoriti baru-baru ini mendapatkan pandangan daripada lima personaliti jejaka mengenai wanita red flag yang bagaimana perlu dielakkan daripada menjadi teman?

MJ DOUBLE PIX - 2

Tony (kiri) dan Zizan masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai wanita bersikap red flag. Instagram selebriti

1. Wanita clingy

Bagi pelakon Tony Eusoff, 47, wanita yang terlalu clingy atau terlampau bergantung secara emosional kepada pasangan disifatkan tidak menyenangkan.

"Saya rimas wanita yang terlalu manja. Kadangkala, cepat tertekan jika terlalu bergantung pada saya," ujarnya.

Menurut Tony, individu yang menghargai kebebasan dan memberi ruang untuk diri sendiri lebih menarik dan sifat itu harus dicari dalam sesebuah hubungan.

2. Materialistik, pilih status

Selain itu, salah satu ciri wanita red flag adalah yang terlalu mementingkan harta dan status.

Pelakon dan penyanyi, Dafi Ismail, 37, berkongsi pengalaman pernah berhadapan dengan wanita yang hanya mendekatinya dek status beliau semata-mata.

"Pernah beberapa kali wanita cuba dekati disebabkan status, tetapi saya terpaksa tolak dan menjauhkan diri," jelasnya.

Dafi menegaskan bahawa dalam hubungan yang sihat, keserasian dan komunikasi adalah lebih penting berbanding status dan harta.

3. Suka meminta-minta

Sementara itu, pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin, 41, memberitahu, wanita yang suka meminta-minta atau menunjukkan sikap materialistik pada awal hubungan adalah petanda jelas bahawa hubungan tersebut tidak sihat.

Suami kepada usahawan dan model, Nurida Suraya itu menjelaskan, "Apabila daripada awal sudah meminta-minta, itu adalah contoh tidak baik, apatah lagi jika baru nak kenal."

MJ DOUBLE PIX - 3

Bagi Rizman (kiri), Dafi (kanan) dan Aidil sesebuah hubungan itu perlu sarat dengan elemen positif dan kasih sayang berbanding mementingkan kebendaan. Instagram selebriti

4. Narsistik

Narsistik atau terlalu ego juga antara tersenarai dalam carta red flag.

Pandangan itu disuarakan oleh pelakon dan pelawak, Zizan Razak, 40, yang mengakui pernah berhadapan dengan wanita bersikap sedemikian.

"Baik lelaki mahupun wanita mereka yang bersikap narsistik yang perlu dielakkan," katanya.

Menurut Zizan, walaupun pengalaman itu subjektif dan berbeza antara individu, namun ia boleh menjejaskan keseimbangan dalam hubungan.

Beliau juga mengakui berhadapan individu narsistik adalah mencabar, namun Zizan menyarankan penting bagi pasangan saling membimbing antara satu sama lain demi kelangsungan hubungan.

"Kadang-kadang, kita perlu belajar untuk menjadi lebih baik setiap hari. Jika sayangkan seseorang, walaupun dia bersifat narsistik, kita perlu menerima dan cuba membimbingnya ke arah lebih positif kerana lelaki adalah khalifah," jelasnya.

5. 'Gold digger

Pelakon Aidil Aziz, 38, yang juga suami kepada Fasha Sandha, menyifatkan wanita bersikap ‘gold digger’ salah satu ciri red flag.

Menurutnya, wanita seperti itu biasanya tidak jujur dalam perasaan dan niat, sebaliknya hanya mengejar kemewahan semata-mata.

"Bagi saya, wanita gold digger selalunya tidak jujur dan berpura-pura untuk mendapatkan kasih sayang daripada pasangan," kata Aidil.

Hubungan yang baik memerlukan komunikasi jujur, saling memahami, dan kebebasan untuk menjadi diri sendiri tanpa rasa tertekan atau terikat oleh sikap negatif pasangan.

Jadi, adakah anda antara wanita tersenarai dalam ciri-ciri red flag di atas? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram