Letih dan naik berat badan? Anda mungkin alami gejala hipotiroidisme


  • Sihat
  • Jumaat, 17 Jan 2025

Hipotiroidisme adalah keadaan apabila tiroid menghasilkan jumlah hormon tiroid yang tidak mencukupi.

JIKA anda berasa penat dan telah mengalami peningkatan berat badan, itu mungkin sekadar tanda penuaan.

Namun, terdapat kemungkinan gejala-gejala umum berkenaan disebabkan oleh hipotiroidisme.

Pakar endokrinologi dari Mayo Clinic, Dr. Victor Bernet berkata, ujian darah boleh mengesahkan keadaan itu yang juga dikenali sebagai tiroid kurang aktif.

"Hipotiroidisme berlaku apabila tiroid menghasilkan jumlah hormon tiroid yang tidak mencukupi," jelasnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Pensyarah USM jadi kebanggaan 'kaki motor', hasilkan inovasi tayar kalis pancit, tidak bocor

BACA LAGI: Kemalangan jadi titik tolak budak JB ubah laluan hidup, kejayaan di UPM bawa nama ke Universiti Oxford

Gejala hipotiroidisme mungkin tidak nampak pada peringkat awal, tetapi boleh merangkumi keletihan, kenaikan berat badan, kulit kering, sembelit, sakit otot dan bengkak di tangan serta kaki.

“Jika anda hanya mengalami salah satu gejala ini, kemungkinan besar ia bukan hipotiroidisme.

"Namun, jika gejala-gejala ini berlaku serentak, ia mungkin menunjukkan masalah yang lebih serius,” kata Dr. Bernet.

Jika tidak dirawat, hipotiroidisme boleh memburukkan lagi gejala dan membawa kepada masalah kesihatan lain seperti tahap kolesterol tinggi dan masalah jantung.

"Gejala hipotiroidisme banyak persamaan dengan masalah kesihatan lain.

"Oleh itu, jika anda berasakan anda mungkin menghidap hipotiroidisme, penting untuk berjumpa doktor dan menjalani ujian darah yang sesuai," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram