Che Ta kongsi sudah langsai RM550,000 hutang MARA, terharu anak prihatin masalah jadi bahan kutukan


  • Hiburan
  • Ahad, 29 Dis 2024

Rozita (kiri) terharu dengan keprihatinan Aaisyah (kanan) terhadap masalah dihadapinya kini.

PELAKON yang kini terpalit dengan kontroversi, Rozita Che Wan mendedahkan yang dia kini sudah menyelesaikan hutangnya dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bernilai hampir RM1 juta.

Rozita, 51, mendedahkan perkara tersebut di media sosial selepas memuat naik perbualannya bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang berusia 10 tahun di media sosial.

Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp itu mendedahkan yang Rozita sudah menyelesaikan hutang pinjamannya bersama MARA selepas diserbu pihak tersebut pada 10 Disember.

BACA LAGI: Tarikh lelongan barangan Che Ta ditunda

BACA LAGI: Harta hampir RM1 juta bakal dilelong, Che Ta kongsi hantaran sedih di Instagram

WhatsApp Image 2024-12-29 at 17.00.43

Tangkap layar perbualan antara Rozita dan Aaisyah. — Instagram/@rozitachewan1

Rozita mengatakan anaknya cukup mengambil berat mengenai isu melanda ibunya hingga menjadi perbualan orang ramai.

"Mummy dah bayar MARA ke? Jadi, dah tak ada apa-apa dengan mereka?," soal Aaisyah.

Rozita kemudiannya mengatakan urusan itu sudah selesai dan bertanya kepada Aaisyah kepana dia bertanya sedemikian.

"Aaisyah sedih ramai orang mengata mummy. I love you, mummy," jawab Aaisyah.

Rozita jelas tersentuh dengan tindakan Aaisyah kerana cukup memahami dugaan dihadapinya walaupun masih baru berusia 10 tahun.

"Kerisauan seorang anak. Besar dah Aaisyah, pandai dah risau pasal mak dia," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah tepat yang Rozita sudah langsaikan adalah sebanyak RM550,000 sehingga Jumaat.

Dalam kenyataannya, Asyraf berkata yang baki hutang tersebut mesti diselesaikan sebelum penghujung Mac 2025.

"Sudah saya tegaskan bahawa MARA tidak akan berkompromi dengan segala tindakan untuk mendapatkan balik setiap sen wang rakyat yang diamanahkan.

"Ini akan membolehkan wang ini dimanfaatkan pula kepada orang lain yang amat memerlukan," kata Asyraf.

Terdahulu, Rozita dan anak sulungnya, Ammar Effendy gagal melunaskan pinjaman MARA sebanyak RM960,000 yang dibuat menerusi syarikatnya iaitu RCW Worldwide Sdn Bhd.

Sepatutnya, lelongan awam terhadap barangan peribadi milik pelakon itu sepatutnya dilakukan tetapi ditangguhkan sementara waktu atas permohonannya.

Rozita dalam proses untuk berjumpa dengan MARA bagi membincangkan mengenai proses penjadualan semula pembayaran pinjaman tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram