Mahu tingkat jumlah pelancong Malaysia ke China, Batik Air perkenal laluan baharu ke Beijing dan Changsha mulai Mac 2025


  • Hobi
  • Rabu, 25 Dis 2024

Batik Air mengumumkan pelancaran dua laluan penerbangan baharu yang menghubungkan Malaysia ke China iaitu ke Beijing dan Changsha bermula Mac 2025.

BATIK Air mengumumkan pelancaran dua laluan penerbangan baharu yang menghubungkan Malaysia ke China iaitu ke Beijing dan Changsha, China bermula Mac 2025.

Usaha itu dilakukan bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara selain memacu sektor pelancongan dan perdagangan.

Penerbangan sulung ke Beijing, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Daxing dijadualkan pada 21 Mac 2025 dengan jadual tiga kali seminggu.

BACA LAGI: Tayar pancit di Laos, ekspedisi Himalaya antara 'ride' penuh mencabar pasangan sehati sejiwa bersama Kawasaki Vulcan

BACA LAGI: Travel ke Hong Kong? Jangan lupa kunjungi masjid dan restoran halal khas buat pelancong Muslim

Seterusnya, penerbangan ke Changsha melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua akan bermula pada 22 Mac 2025 menawarkan empat penerbangan setiap minggu.

Batik Air berkata, kedua-dua bandar itu akan menjadi destinasi ketujuh dan kelapan di China yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan itu.

Sebelum ini, laluan ke Chengdu, Guangzhou, Haikou, Kunming, Zhangjiajie dan Zhengzhou telah pun beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, laluan baharu itu merupakan sebahagian daripada visi syarikat untuk memperluaskan sambungan penerbangan di Asia.

"Beijing dan Changsha adalah destinasi strategik yang berpotensi besar.

"Langkah ini menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan pilihan perjalanan yang lebih luas, selain menyokong pertumbuhan pelancongan dan perdagangan antara Malaysia dan China," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram