Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara


Kertas saintifik memberi inspirasi kepada Phong untuk mencipta naratif.

BUKAN sekadar mempamerkan karya, sebuah pameran seni boleh berubah menjadi satu perjalanan sains fiksyen yang membolehkan pengunjung melihat kembali abad ke-21.

Di galeri A+ Works of Art, Kuala Lumpur, pameran sulung yang dicipta oleh Adam Phong, One Of Our Fossils menawarkan pengalaman yang unik dan mencabar pemikiran para pengunjung.

Karya-karya seninya yang menggunakan tulang ayam dan wayar sebagai bahan utama mencipta naratif unik yang membawa pengunjung menelusuri persoalan tentang masa depan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tuhan bayar 'cash', wanita Indonesia digilis kereta ketika buka pagar rumah

BACA LAGI: KKB 'hidden gem' aktiviti lasak, paragliding dan rafting antara 4 sukan ekstrem wajib cuba

photo_6247053855456085128_y

Untuk menyerupai seakan-akan tapak arkeologi sebenar, warna kuning yang ketara sengaja diletakkan di seluruh galeri.

Phong berkata, dia memilih karya berdasarkan tulang ayam kerana manusia memakan begitu banyak ayam setiap tahun sehingga tulang ayam akan mendominasi rekod fosil masa depan.

Melalui karya-karyanya, Phong menjelaskan kehidupan kini untuk diteliti oleh generasi akan datang.

"Saya juga menggunakan tulang-tulang ini untuk membayangkan bagaimana peradaban masa depan boleh menafsirkan kita.

"Sama seperti ahli arkeologi yang cuba menggali artifak dari masa lampau dan tertanya mengenai kehidupan mereka atau tentang siapa diri mereka yang sebenarnya," katanya.

Pengunjung yang melangkahkan kaki ke dalam galeri disambut oleh Relic 1, sebuah arca konikal yang menyerupai puting beliung terbaring, dengan mulut besar yang menujah ruang.

Menurut Phong, karya itu bukan sekadar mengenai bentuk tetapi lebih kepada skala.

"Tulang ayam mungkin lebih banyak daripada tulang manusia. Saya mahu mencipta sesuatu yang besar hingga membuat pengunjung merasa kecil, seperti monumen yang mencadangkan kelangsungan kehidupan selepas manusia," katanya.

photo_6247053855456085129_y

Pemandangan dekat pemasangan Relic 1, yang mendominasi ruang galeri utama di A+ Works of Art.

Di ruang sebelah, pengunjung akan menemui karya-karya Relic 2, 3, 4, dan 5 yang menyerupai stalagmit.

Setiap karya menggambarkan hibrid antara monumen purba dan tumbuhan asing yang mengeksplorasi spekulasi yang berbeza.

Phong dan seorang pengurus Indonesia, Bob Edrian kerjasama untuk mencipta pameran yang menyerupai palet spekulasi.

"Pengunjung akan disambut oleh satu reka bentuk pemasangan besar yang menyerupai gelombang atau terowong perjalanan masa. Terowong itu yang memimpin ke bilik seterusnya," kata Edrian.

Karyanya, One Of Our Fossils merupakan pameran arca pertama yang dihasilkan Phong berikutan sebelum ini, dia lebih banyak berkarya dalam bentuk lukisan dan ilustrasi.

"Saya suka bekerja berdasarkan ruang. Saya mula dengan melihat ruang tersebut dan mencipta karya yang responsif terhadap ruang itu.

"Sebagai contoh, Relic 1 tidak boleh wujud di tempat lain selain di ruang A+ Works of Art ini kerana cara ia melengkung mengikut lorong galeri," kata Phong.

Pameran seninya itu turut dilengkapi cahaya kuning yang direka khusus untuk mencipta suasana tapak arkeologi.

"Cahaya kuning ini terinspirasi oleh cahaya hazard yang sering digunakan oleh ahli arkeologi ketika menggali tapak," kata Phong.

Dengan menggunakan teknik cahaya, pengunjung dapat merasai seakan-akan pergi menjelajah ke tapak penemuan baharu.

Bunyi pula memainkan peranan penting dalam mencipta pengalaman unik di ruang tersebut.

Phong bijak mencipta komposisi muzik menggunakan GarageBand di iPhone, tanpa sebarang latar belakang muzik formal.

"Saya hanya bermain dengan suara dan jika saya suka, saya cut dan susun semula.

"Ada lapan pembesar suara di ruang galeri yang memberikan pengalaman bunyi yang dinamik dan imersif," tambahnya. — The Star/RIZAL JOHAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram