Digelar ‘Ratu Krismas’, Mariah Carey nikmati royalti hampir RM15 juta setahun, hanya dengan lagu ‘All I Want For Christmas Is You’


  • Hiburan
  • Rabu, 18 Dis 2024

Mariah Carey meraih pendapatan lebih RM16 juta setahun melalui lagu All I Want For Christmas Is You.

PENGAKHIRAN 2024 bakal disambut meriah dengan sambutan Hari Krismas yang sentiasa menjadi penutup terbaik saban tahun.

Merupakan antara perayaan terbesar di Malaysia, sambutan penganut agama Kristian itu cukup sinonim dengan pokok krismas yang secara tradisinya dihiasi dengan lampu dan snek juadah buat seisi keluarga.

Biarpun tiada salji di Malaysia, perayaan itu tetap diraikan dengan keunikan tersendiri di samping kreativiti masyarakat yang sentiasa menampilkan hiasan terbaik menerusi dekorasi pokok krismas di serata negara.

BACA LAGI: Watak antagonis filem Rambo 4 rupanya bekas pemberontak, dedah sisi gelap isu penindasan di Myanmar

BACA LAGI: Idea Superman terbang tercetus spontan, batu kryptonite asalnya cuma 'masa rehat' pelakon

6269432121126929245

Mariah Carey merupakan penyanyi popular antarabangsa.

Dalam pada itu, lagu tema menjadi penyatuan setiap masyarakat yang bersama-sama meraikan sambutan istimewa setiap hari perayaan dalam negara.

Ikoniknya sambutan Krismas, setiap penduduk walaupun berbilang kaum pastinya tidak asing dengan lagu All I Want For Christmas Is You nyanyian penyanyi terkenal Mariah Carey.

Sering menjadi siulan mahupun dimainkan di corong radio bila tibanya musim Krismas, lagu itu memiliki aura tersendiri yang mampu membawa keriangan menjelang sambutan perayaan tersebut.

Namun, tahukah anda bahawa lagu itu membawa pulangan lumayan buat penyanyi berusia 51 tahun tersebut apabila dilaporkan menerima hak cipta bayaran lebih AS$3 juta (RM13.4 juta) setahun.

Secara tidak langsung, selama tiga dekad lagu itu dihasilkan pada 1994 menyaksikan Mariah menerima lebih AS$60 juta (RM267 juta) hasil royalti dari setiap pelusuk dunia lagu itu dimainkan, sekali gus menjadikan penyanyi itu antara jutawan terkemuka di dunia.

Menurut laporan Agensi, lagu itu juga mencatatkan pencapaian luar biasa apabila tersenarai antara lagu paling banyak dinyanyikan semula (cover) oleh penyanyi baharu antaranya adalah Justin Bieber.

Malah, lagu itu juga telah distrim lebih 1.9 bilion kali oleh pendengar dari serata dunia setakat ini khususnya ketika tiba musim perayaan Krismas.

Pun begitu, All I Want For Christmas Is You dilaporkan bukan pilihan utama pendengar di negara-negara Eropah dengan lagu White Christmas nyanyian penyanyi berpengalaman, Bing Crosby mencatatkan jualan tahunan album solo tertinggi sebanyak AS$50 juta (RM222 juta) berbanding Mariah.

Ekoran populariti dan status Mariah selaku penyanyi versatil antarabangsa membuatkan lagunya melonjak naik di carta radio seantero dunia menewaskan Bing Crosby.

Di samping persembahan menghiburkan dan melodi yang cukup dekat di hati pendengar, maka tidak hairanlah Mariah digelar ‘Si Ratu Krismas’ dalam kalangan peminatnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram