Cabaran pemanduan 23 selekoh, kaki Go-Kart patut uji kemahiran di RUD Karting Gamuda Cove


  • Hobi
  • Ahad, 08 Dis 2024

RUD Karting Gamuda Cove di Dengkil, Selangor merupakan tempat yang ideal untuk minat sukan permotoran Go-Kart.

SUKAN permotoran Go-kart kini menjadi salah satu hobi lasak yang semakin diminati ramai khususnya golongan muda yang ingin mencabar diri.

Aktiviti itu bukan sahaja menyeronokkan tetapi turut menguji kemahiran memandu dalam persekitaran santai yang penuh cabaran.

Bagi mereka yang ingin mencuba hobi itu, RUD Karting Gamuda Cove di Dengkil, Selangor merupakan tempat yang sesuai bagi mengasah kemahiran dalam sukan permotoran tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Berlarilah dengan senyuman', sakit kanser tahap 4 tidak halang Cikgu E sertai maraton, syukur miliki anak isteri penguat semangat

BACA LAGI: [VIDEO] Duduk Sweden pun tak lekang loghat Terengganu, rakyat Malaysia tabik legasi Pantai Timur tak lupa asal usul

RUD menyediakan dua jenis go-kart sama ada varian elektrik atau petrol.

RUD Karting Gamuda Cove di Dengkil, Selangor merupakan tempat yang sesuai bagi mengasah kemahiran seseorang.

Terkenal dengan reka bentuk trek unik, lokasi itu menawarkan pengalaman go-kart yang berbeza berbanding trek lain di Malaysia.

Terletak di Persiaran Cove Central, Bandar Gamuda Cove, trek sepanjang 650 meter itu direka khas untuk memberikan cabaran maksimum kepada pelumba.

Ia mempunyai 23 selekoh tajam yang bukan sahaja menguji kawalan pemandu tetapi juga memerlukan kebijaksanaan untuk menghasilkan teknik drift.

Apa yang membuatkan trek itu lebih menarik adalah reka bentuk hibridnya, yang menggabungkan laluan berbumbung dan terbuka.

Laluan trek berbumbung.

Trek sepanjang 650 meter itu direka khas untuk memberikan cabaran maksimum kepada pelumba.

Trek 23 selekoh di kawasan itu bukan sahaja menguji kemahiran memandu tetapi juga memberikan pengalaman penuh mendebarkan kepada pelumba dengan rekaan yang menitikberatkan soal keselamatan.

Setiap pelumba akan diberi penerangan ringkas sebelum memulakan perlumbaan, diberikan peralatan keselamatan seperti helmet dan sarung tangan.

Pihak RUD juga sangat menitikberatkan soal keselamatan iaitu mereka akan menghentikan perlumbaan jika hujan lebat bagi mengelakkan risiko kemalangan akibat jalan licin.

Pelumba perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pencahayaan yang berterusan, daripada kawasan gelap ke kawasan terang, sekali gus mencabar kemahiran kawalan dan fokus mereka.

Harga untuk sesi go-kart di situ bermula dari RM75 sejam yang menjadikannya pilihan berpatutan untuk peminat sukan permotoran.

Waktu operasi pula adalah dari pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah malam pada Ahad hingga Khamis, manakala pada Jumaat dan Sabtu, ia dibuka sehingga pukul 2 pagi.

photo_6240170405860066411_x

Pengunjung boleh memilih Go-kart petrol yang berkuasa dan kart elektrik yang mesra alam.

Pengunjung diberi pilihan untuk mencuba dua jenis go-kart iaitu kart petrol yang berkuasa dan kart elektrik yang mesra alam.

Dengan pilihan itu, peminat sukan permotoran Go-kart boleh menyesuaikan mengikut citarasa dan pengalaman mereka.

Bagi keluarga yang hadir bersama, terdapat kemudahan premium seperti Rud Cafe & Bistro yang menyediakan tempat untuk berehat sambil menyaksikan aksi perlumbaan melalui dinding kaca.

Menu kafe menawarkan pelbagai hidangan lazat seperti salmon meuniere, burger wagyu serta pilihan minuman menyegarkan seperti kopi premium dan moktel buah-buahan.

RUD menyediakan dua jenis go-kart sama ada varian elektrik atau petrol.

Peminat sukan permotoran Go-kart boleh memilih mengikut citarasa dan pengalaman mereka.

Seorang pengunjung, Roger Chan, 38, berkata, dengan kemudahan seperti kafe berhawa dingin, dia boleh membawa keluarga tanpa rasa bimbang.

"Anak-anak seronok menonton saya berlumba, sementara isteri saya menikmati makanan di kafe," katanya.

Penjawat swasta, Alif Qayyum, 27, turut berkongsi pengalaman uniknya di trek itu.

“Di trek ini pelumba akan merasai keadaan sekejap redup, sekejap panas. Cabaran pada saya setiap kali keluar daripada kawasan redup, pancaran dan sinaran matahari akan menguji kawalan tangan saya untuk kemudikan go-kart.

“Namun, selepas membuat pusingan ke-5, barulah saya dapat rentak untuk mengawal dan mengagak titik tinggi tumpuan apabila landskap pemandangan dalam helmet berubah,” katanya ketika tamat perlumbaan dan menduduki tangga lima teratas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram