Berkunjung ke Tokyo, 5 masjid tersembunyi wajib dikunjungi pelancong Malaysia, jadikan percutian lebih bermakna


  • Hobi
  • Sabtu, 23 Nov 2024

Banyak masjid tersorok berada di Tokyo yang perlu disinggahi oleh pelancong khususnya dari Malaysia. — Agensi

TOKYO, Jepun merupakan sebuah bandar raya moden yang dipenuhi pencakar langit dan teknologi canggih menyimpan rahsia keunikan untuk pelancong Muslim.

Meskipun jumlah masjidnya tidak banyak, setiap satunya memainkan peranan penting sebagai pusat ibadah, pertemuan komuniti dan pertukaran budaya.

Salah satu masjid terbesar di Jepun, Tokyo Camii di Shibuya memukau dengan seni bina Uthmaniyah yang indah melambangkan kepelbagaian budaya di tengah-tengah suasana moden Tokyo.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Group assignment pun sama', ibu sanggup teman anak demi sama-sama genggam segulung ijazah

BACA LAGI: [VIDEO] Anak jati Teluk Intan hasilkan buku kartun tentera pertama di Malaysia, papar realiti dunia ketenteraan

6195050065018602994 (1)

Masjid Nusantara berada do sekitar Akihabara.

Namun, tidak seperti bandar lain yang masjidnya mudah dikenali, masjid di Tokyo sering tersembunyi di kawasan bandar.

Berikut merupakan lima lokasi unik yang perlu dimasukkan dalam jadual perjalanan pelancong Muslim ketika berada di ibu kota Jepun itu.

1. Masjid Nusantara, Akihabara

Di tengah-tengah kesibukan Akihabara yang terkenal dengan budaya pop Jepun, terdapat sebuah masjid yang diuruskan oleh komuniti Indonesia.

Terletak di tingkat lima sebuah bangunan, masjid itu menawarkan ruang solat yang dihiasi kaligrafi Arab dan papan tanda dalam bahasa Jepun serta Indonesia.

Ia juga kerap mengadakan acara melibatkan Imam terkenal Jepun iaitu Sheikh Ahmad Maeno.

Selepas solat, pengunjung tidak boleh melepaskan peluang untuk mencuba ramen, gyoza atau kari Jepun versi halal di restoran halal berdekatan.

6195050065018602995 (1)

Masjid Shin-Okubo terletak di sebuah lorong kecil di Koreatown Tokyo.

2. Masjid Shin-Okubo, Shin-Okubo

Terletak di sebuah lorong kecil di Koreatown Tokyo, azan sering bergema menandakan panggilan bagi umat Islam untuk solat harian mereka.

Masjid itu hanya mempunyai satu bilik solat tetapi menyediakan tempat untuk berwuduk, rak buku Islam dan ruang solat yang cukup selesa.

Ia juga terletak di sekitar Islam Yokocho iaitu jalan yang dipenuhi restoran halal dan pasar raya.

6195050065018602996

Pengunjung boleh ke Jame Masjid hanya dengan berjalan kaki dari Stesen JR Kinshicho.

3. Jame Masjid, Kinshicho

Selepas mengagumi Tokyo Skytree, singgahlah ke Jame Masjid yang hanya beberapa minit berjalan kaki dari Stesen JR Kinshicho.

Dibuka 24 jam setiap hari, masjid itu terkenal dengan keramahan penyambut tetamunya terutama pada hari Jumaat.

Kadang-kadang, anda berpeluang menikmati hidangan biryani selepas solat. Masjid ini juga menganjurkan ceramah untuk mualaf Jepun dan menyediakan iftar sepanjang bulan Ramadan.

6195050065018602997 (1)

Dar Al Taqwa Nihon Islamic Bunka Center menawarkan ruang solat yang selesa.

4. Dar Al Taqwa Nihon Islamic Bunka Center, Ojima

Masjid Dar Al Taqwa Nihon Islamic Bunka Center terletak di kawasan perumahan yang tenang di Ojima.

Walaupun sukar ditemui tanpa bantuan Google Maps, Dar Al Taqwa menawarkan ruang solat yang selesa dengan kemudahan asas seperti tempat wuduk dan rak kasut.

Masjid itu sering menjadi tumpuan pekerja migran dan pelancong Muslim yang berada di kawasan ini untuk menunaikan solat.

6195050065018602998

Masjid Al Ikhlas menawarkan ruang ibadah yang bersih.

5. Masjid Al Ikhlas, Kabukicho

Siapa sangka terdapat sebuah masjid di tengah-tengah kawasan terkenal dengan kehidupan malamnya iaitu Kabukicho.

Masjid Al Ikhlas menawarkan ruang ibadah yang bersih dan selesa walaupun saiznya kecil.

Lorong-lorong sekitar masjid itu sering penuh untuk menampung jemaah menunaikan solat Jumaat.

Lokasinya yang unik menjadikan masjid ini simbol harapan dan spiritualiti di kawasan yang jarang dikaitkan dengan agama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram