[VIDEO] 'It's not a happy moment', Diana harap tiada pihak salah faham


  • Hiburan
  • Rabu, 20 Nov 2024

Diana Danielle ketika hadir prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

PELAKON Diana Danielle berharap orang ramai tidak bersangka buruk apabila dia melontarkan senyuman sewaktu menghadiri prosiding perceraian dengan Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur pada Rabu.

"Bukan gembira ya... tetapi disebabkan saya kenal rakan-rakan pengamal media, semua sudah seperti kawan-kawan. Jadi saya senyumlah.

"It's not a happy moment untuk sesiapa pun, tolong jangan ada yang salah faham," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] Farid, Diana masih berstatus suami isteri, sebutan kes cerai bersambung 2 Disember

BACA LAGI: Rancang sambut 'birthday' Aurora di lokasi rahsia, Farid Kamil jawab alasan berbaju Melayu persis berkabung

Perkara itu diketengahkan selepas banyak individu sering menyalahtafsirkan memek muka yang dilontarkan oleh pelakon drama Imaginur itu.

Lebih buruk, terdapat juga netizen yang beranggapan Diana seolah-olah bertukar watak dan cuba mengaitkannya dengan sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD).

Bagaimanapun, Diana segera menafikan dakwaan itu dan menganggap ia sebagai satu serangan peribadi.

Sementara itu, Diana tidak mampu menjelaskan perasaannya selepas menghadiri prosiding mahkamah bersama Farid Kamil.

"Diana okay?," tanya wartawan.

"Awak okay, yang lain okay ke?," soalnya semula tanpa menjawab pertanyaan tersebut.

Pada 28 Oktober lepas, Diana mengumumkan keinginan untuk berpisah dan memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Wanita berusia 34 tahun itu turut menjelaskan sudah tidak mahu lagi dipujuk dan tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.

Sebelum ini, pasangan sama cantik sama padan itu memilih untuk kembali rujuk pada 31 Ogos 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram