Rendahkan hormon stres, matcha bantu tingkatkan kualiti tidur


  • Sihat
  • Selasa, 12 Nov 2024

Matcha dapat membantu meningkatkan kualiti tidur.

TEH sering dianggap sebagai minuman yang menenangkan. Lazimnya, ia dinikmati oleh kebanyakan orang untuk memberikan ketenangan buat badan selepas penat melakukan tugasan harian.

Teh hijau misalnya sering dianggap sebagai minuman yang membantu untuk kekal tenang. Malah, ia turut dianggap sebagai salah satu minuman menyihatkan.

Masa kini, minuman teh hijau dan matcha semakin menjadi pilihan kerana rasanya yang unik dan keberkesanannya untuk membantu seseorang tidur lena. Adakah ia benar?

BACA LAGI: Remaja dari Melaka sanggup datang PJ hadiri pameran PSM demi hobi kumpul setem

BACA LAGI: Makan brokoli dan kubis bantu turunkan tekanan darah

matcha-tea-latte-1296x728-1296x728

Matcha sesuai dibuat bersama air dan susu.

Jawapannya adalah benar. Serbuk teh yang cukup terkenal di Jepun itu dihasilkan menerusi kisaran halus daripada daun tumbuhan Camellia sinesis.

Kisaran tersebut menghasilkan warna hijau terang dan mempunyai banyak faedah seperti membekalkan tenaga serta membantu meningkatkan kualiti tidur.

Tidak seperti teh biasa, matcha perlu dicampurkan bersama-sama air atau susu dan ia akan menghasilkan kepekatan dan sebatian nutrien yang memberikan manfaat lebih tinggi.

Matcha mempunyai kandungan L-theanine yang tinggi. Untuk pengetahuan, L-theanine merupakan asid amino yang membantu badan untuk lebih tenang dan waspada.

Kajian menunjukkan L-theanine membantu untuk merendahkan kortisol yang merupakan hormon stres dalam badan. Disebabkan itu, matcha dilihat pilihan terbaik untuk meningkatkan kualiti tidur.

Pengambilan L-theanine secara kerap dapat menghasilkan perbezaan ketara dalam kepuasan tidur terutamanya bagi mereka menghadapi masa kemurungan dan kebimbangan.

Dianggap sebagai superfood, pengambilan matcha dilihat sebagai salah satu cara selamat untuk mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik. — The Star/HEE MAY YEE

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram