ATTANA Hotels & Resorts Sdn Bhd telah melancarkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk memperjuangkan kelangsungan alam sekitar.
Inisiatif itu melibatkan aktiviti penanaman pokok yang dilaksanakan di beberapa kawasan termasuk Perdana Kuala Lumpur City Centre, Perdana Kota Bharu, Espira Kinrara, Villea Port Dickson, Villea Rompin Resort & Golf, Villea Morib dan Kota Seriemas Golf & Country Club.
Selain itu, pembersihan pantai juga akan dilaksanakan di tiga lokasi utama iaitu Pantai Senok, Kota Bharu, Kelantan; Pantai Blue Lagoon, Port Dickson, Seremban dan Pantai Morib, Banting, Selangor.
BACA LAGI: [VIDEO] Siswa Labah-Labah daki secara merangkak, anak jati Kuching buktikan OKU mampu tawan Everest
Ramai turun membantu membersihkan pantai dan menanam pokok.
Ketua Pegawai Operasi Attana Hotels & Resorts, Ron Hasni Yusoff berkata, mereka berharap mampu memulihkan keindahan semula jadi kawasan persekitaran pantai sambil mempromosikan kepentingan pantai yang bebas daripada sebarang sampah.
"Kami percaya menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama dan ia adalah sesuatu yang mesti kita semua ambil bahagian.
"Melalui inisiatif ini, kami berhasrat untuk memberi kesan yang bermakna kepada alam sekitar sambil menyokong komuniti di mana hotel dan resort kami beroperasi," katanya.
Aktiviti CSR, termasuk pembersihan pantai dan penanaman pokok menyerlahkan komitmen berterusan Attana Hotels & Resorts terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Untuk rekod, seramai 245 sukarelawan direkodkan terlibat sama dalam aktiviti yang dijalankan bersama Majlis Daerah, SWCorp dan UMW itu.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk memperjuangakan kelangsungan alam sekitar.
Dengan adanya aktiviti itu, Ron berkata, kesedaran mengenai kepentingan tanggungjawab bersama terhadap alam sekitar dapat dipertingkatkan kepada semua pihak.
“Kami sangat berbangga dengan kerjasama dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh kakitangan dan sukarelawan kami semasa aktiviti CSR ini," katanya.
Selain daripada kesan langsung penanaman pokok dan pembersihan pantai, inisiatif itu memberi peluang kepada peserta untuk memperoleh pengetahuan berharga yang akan menginspirasi amalan kelangsungan alam sekitar dan memberi kesan positif kepada tingkah laku masa depan.
"Acara itu menggalakkan perpaduan dan rasa tujuan bersama dalam kalangan peserta, yang bukan sahaja menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar tetapi juga mengembangkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingannya," tambahnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram