Legenda Man United sertai cabaran golf di Johor


  • Podium
  • Khamis, 17 Okt 2024

Lee Sharpe yang terkenal dengan aksi hebatnya bersama Manchester United, Leeds United dan skuad kebangsaan England bakal membuat penampilan istimewa di Ekspo Golf Johor 2024.

IKON bola sepak dan idola era 90-an, Lee Sharpe, yang terkenal dengan aksi hebatnya bersama Manchester United, Leeds United dan skuad kebangsaan England bakal membuat penampilan istimewa di Ekspo Golf Johor 2024 (JGE 2024).

Acara yang sangat dinanti-nantikan itu akan diadakan di Kelab Golf Senibong yang mana Sharpe akan mengetuai Cabaran Hole-in-One sebagai satu acara yang menarik sempena JGE yang pertama kali diadakan.

Sharpe merekodkan lebih 400 perlawanan bola sepak profesional dan memenangi pelbagai kejuaraan sepanjang bersama United termasuklah tiga gelaran Liga Perdana, dua Piala FA, Piala Liga dan kini berjaya mencipta nama dalam dunia golf.

BACA LAGI: [VIDEO] Tekong Siam dikata punca Kelantan Warriors balik awal, kelibat Purached mula dirindui

BACA LAGI: [VIDEO] 'King servis bola drop is back', kehadiran Hairul Hazizi ubah rentak permainan Johor Tigris di GP Penang

Sharp

Legenda bola sepak Manchester United, Lee Sharpe.

Selepas bersara dari bola sepak pada 2003, Sharpe beralih kepada sukan golf profesional dan mula bersaing dalam kejohanan pada tahun 2021.

Kini seorang pengulas bola sepak antarabangsa yang dikenali, kehadirannya di JGE pasti akan mengujakan peminat bola sepak dan golf sama.

Selain bersaing dalam Cabaran Hole-in-One, peminat akan berpeluang untuk bertemu legenda bola sepak, bergambar bersamanya, dan mendapatkan autograf semasa pembukaan rasmi JGE 2024.

Kehadiran Lee Sharpe di JGE 2024 adalah hasil kerjasama antara World Football Legends, Champions Golf, dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dalam usaha mempromosikan golf kepada peminat baru dan sedia ada di seluruh kawasan.

Dengan misi untuk memberi inspirasi kepada pemain muda dan mengukuhkan komuniti golf di Malaysia, JGE 2024 menjanjikan acara yang penuh aksi untuk semua.

Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini untuk bertemu salah seorang tokoh bola sepak paling disayangi di tengah-tengah dunia golf Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram