Simptom berhenti bernafas ketika tidur berisiko cetus masalah jantung


  • Sihat
  • Khamis, 24 Okt 2024

Gangguan apnea tidur boleh menyebabkan ketepuan oksigen seseorang individu turun serendah 60 hingga 70 peratus ketika sedang tidur.

BAGI mereka yang berdengkur ketika tidur, ia merupakan tanda bahawa anda mengalami apnea tidur obstruktif.

Pakar Kardiologi Mayo Clinic, Dr Virend Somers yang mengkaji apnea tidur berkata, keadaan itu merupakan keadaan kesihatan serius yang boleh menyebabkan masalah jantung dan kesihatan lain.

Dr Virend merupakan pengkaji bersama satu kajian diterbitkan Journal of American College of Cardiology mengenai rawatan apnea tidur obstruktif dan kesannya terhadap penyakit jantung.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Gangguan apnea tidur adalah keadaan apabila nafas seseorang berhenti sementara dan sebelum kembali normal semasa tidur.

Ia berlaku kerana otot tekak mengendur dan menyekat saluran pernafasan.

"Lidah boleh jatuh ke belakang dan boleh menghalang saluran udara, menyebabkan sama ada anda akan berdengkur atau terhalang," kata Dr Virend.

Apabila seseorang bernafas secara normal, tahap ketepuan oksigen darah mereka biasanya antara 95 peratus dan 100 peratus.

Dia mengatakan bahawa gangguan apnea tidur boleh menurunkan paras oksigen itu hingga serendah 70 peratus atau 60 peratus.

Situasi itu boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan menegangkan sistem kardiovaskular yang membawa kepada peningkatan risiko masalah jantung.

“Apa yang boleh dilakukan adalah memberi anda pemantau oksigen untuk dipakai di rumah dan melihat pengesanan oksigen.

"Dan jika ia kelihatan bermasalah, maka anda boleh membuat kajian terhadap tidur anda," katanya.

Jika anda didiagnosis dengan apnea tidur, rawatan boleh dilakukan termasuk dengan melakukan penurunan berat badan, penggunaan mesin tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP) dan corong direka memastikan tekak terbuka dan terapi postur menghalang anda daripada tidur terlentang.

Selain itu ialah melaksanakan pembedahan atau menjalankan implan alat merangsang saluran pernafasan untuk lebih terbuka semasa tidur. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram