Mayat 5 tragedi bot karam di Kuching ditemui dengan bantuan dron


  • 112
  • Ahad, 20 Okt 2024

Lima orang mangsa yang terlibat dalam insiden bot regata terbalik di Sungai Sarawak, Sarawak sudah ditemui pada Ahad pagi.

MAYAT kelima-lima mangsa yang terlibat dalam insiden bot regatta terbalik semasa latihan di Sungai Sarawak, Sarawak Jumaat lepas ditemui pada Ahad.

Jurucakap dari Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan bahawa kesemua mangsa telah ditemui secara berperingkat sekitar pukul 6.16 pagi hingga pukul 7.09 pagi.

"Kelima-lima mangsa telah dijumpai dan kini kita sedang menunggu pengesahan dari pihak polis serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

BACA LAGI: [VIDEO] Tiga kali selaman, 5 mangsa tragedi bot karam masih gagal ditemukan di Sungai Sarawak

BACA LAGI: Lima peserta Regata Sarawak dikhuatiri lemas, bot karam ketika latihan di Kuching

6097882069238662155

Mayat mangsa ditemui di Sungai Sarawak pada Ahad. JBPM Sarawak

"Dua mayat dijumpai pada pukul 6.16 pagi, seorang lagi pada pukul 6.40 pagi, manakala Sarawak Coastguard menemukan seorang lagi pada pukul 7.07 pagi. Mangsa terakhir pula ditemui pada pukul 7.09 pagi dengan bantuan dron," katanya.

Mangsa-mangsa dalam terkorban dalam tragedi itu dikenali sebagai Mohamad Ikhmal Sama'ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23; dan Mohamad Khairul Bidin, 26. — TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram