'Dapat elak dari ketagih telefon pintar', ibu sokong impian John Hananiah jadi kartunis


  • Hobi
  • Ahad, 20 Okt 2024

Kunasundary pintar mengukapkan emosi dengan cara melukis.

'BAKAT terpendam mampu bersinar jika diasah'. Itulah kata-kata yang boleh diucapkan buat seorang anak autisme yang gemar melukis sejak kecil.

Lelaki itu, John Hananiah Ravi mampu mengukapkan emosi serta imaginasinya dengan cara melukis kartun.

Ibu kepada John, Kunasundary Subrayan berkata, minat anaknya itu terhadap dunia seni mula berkembang melalui kartun-kartun kegemaran yang ditonton sejak kecil.

BACA LAGI: Temui daya tarikan Pulau Pangkor, dari Kota Belanda hingga ke Pantai Pasir Bogak

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Basuh kaki pun kena bayar’, pelancong ingin ke Indonesia harus hati-hati dengan ‘pungli’

6095902956898598964

Badge holder yang diukir oleh John.

Antara kartun yang diminati adalah Sesame Street, Digimon Adventure dan Aladdin, Mickey Mouse.

"John tak ambil subjek seni pun waktu sekolah, memang dia minat untuk melukis sejak kecil sampai sekarang," katanya.

Kunasundary berkata, watak-watak ikonik yang terkenal seperti Elmo, Big Bird, Cookie Monster dan Oscar the Grouch sering kali diukir ke dalam buku lukisan khasnya dan juga kanvas.

"Saya memang ada sediakan buku lukisan sebagai cara untuk sokong dia melukis.

"Sejak tahun lepas, John sudah mulai melukis canvas juga. Dia juga mengimpikan untuk jadi kartunis," katanya.

6095902956898598967

John pintar menggunakan imaginasinya untuk melukis pelbagai jenis kartun.

Kartun-kartun itu telah memberi inspirasi kepada anak jati Puchong itu supaya lebih mahir dan kreatif dalam menghasilkan karya seni.

Keupayaan John yang bijak dalam melukis bukan hanya menunjukkan bakatnya, tetapi juga membuktikan bahawa seni boleh menjadi saluran ekspresi yang kuat bagi kanak-kanak autisme.

Lebih menakjubkan, Kunasundary juga berkata, dia menyedari bahawa anaknya yang berusia 25 tahun itu memiliki kemampuan untuk melukis tanpa perlu memadam kesalahan berulang kali.

6095902956898598961

Lukisan pada beg kanvas yang dihasilkan oleh John.

Perkara itu juga sekali gus menunjukkan John memiliki keyakinan untuk menghasilkan sesuatu perkara dengan tepat tanpa mengambil masa yang terlalu panjang.

"Setengah orang dah lukis, dia padam bila ada kesalahan. Tetapi John sangat jarang untuk memadam semula lukisannya tetapi tetap kemas sahaja lukisan yang sudah diukir" katanya.

Malahan, Kunasundary beranggapan bahawa menyokong anaknya mencipta karya lukisan mampu mengelak dia daripada terpengaruh dengan permainan telefon pintar.

"Bagus untuk anak kerana dapat elak mereka daripada sering bermain pintar. Bagus untuk minda juga," katanya.

Kunasundary berkata, lukisan yang dihasilkan John juga menarik perhatian rata-rata rakannya yang kagum dengan karya yang dihasilkan.

"Saya beli beg kosong banyak-banyak letak di rumah supaya John dapat hasilkan lukisan beg kanvas.

"Kadang apabila tunjuk dekat kawan-kawan saya mereka mahu membeli untuk sokong perkembangan anak saya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

=====