Lima hari hilang, mayat lelaki OKU ditemukan terapung di Sungai Kampung Padang Terus


  • 112
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Mayat lelaki OKU ditemukan terapung di Kampung Padang Terus, Alor Setar, Kedah pada Jumaat. — Bomba

MISTERI kehilangan seorang lelaki yang diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya (OKU) terjawab apabila mayatnya ditemui terapung di Kampung Padang Terus, Alor Setar, Kedah pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung keperluan untuk bantuan polis bagi mengangkat mayat pada pukul 6.16 petang.

Susulan itu, Ahmad Naufal berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Radzi Abdul Talib tiba di lokasi bersama 10 anggota dan dua jentera termasuk Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Mahu perkukuh seni, Malaysia bakal tonjolkan kraf tangan tempatan di Sidang Kemuncak Asean 2025

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Hampir RM550 juta pergiat promosi, aktiviti pelancongan negara

“Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat jasad seorang lelaki OKU yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu.

“Tindakan operasi ialah mengangkat mayat yang terdampar di tebing sungai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram