Belanjawan 2025: Mahu perkukuh seni, Malaysia bakal tonjolkan kraf tangan tempatan di Sidang Kemuncak Asean 2025


  • Primer
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Malayisa bersedia untuk menonjolkan warisan kraftangan pada Sidang Kemuncak Asean 2025. — Gambar Hiasan

MALAYSIA bersedia untuk menonjolkan warisan kraf tangan pada acara Sidang Kemuncak Asean 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu akan dibuat dengan menggunakan semua hadiah dan cenderahati yang diperoleh daripada artis tempatan.

Katanya lagi, tujuan inisiatif itu diambil adalah untuk memperkukuh industri kraf tangan tempatan, memastikan keunikan dan keaslian seni kraf tangan Malaysia sampai kepada pemimpin dan peringkat antarabangsa.

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Hampir RM550 juta pergiat promosi, aktiviti pelancongan negara

BACA LAGI: [VIDEO] Siswa Labah-Labah daki secara merangkak, anak jati Kuching buktikan OKU mampu tawan Everest

"Pengerusi Malaysia bagi Asean 2025 memberikan peluang penting untuk membimbing rantau ini dengan daya tahan dan kreativiti," katanya.

Anwar menekankan komitmen kerajaan untuk menyokong usahawan tempatan, khususnya dalam sektor logistik, hospitaliti, pelancongan dan kraf tangan.

"Setiap kementerian dan jabatan yang terlibat dalam penganjuran mesyuarat dan aktiviti Asean mesti mendapatkan kraf tangan daripada artis tempatan, mempamerkan hasil kerja terbaik rakyat kita.

"Sebagai contoh, beg dokumen yang saya gunakan dalam belanjawan ini ialah kerja seni tenunan songket hasil pereka tempatan, Adiguru Rasiah Yusoff dari Kampung Tikat Penambang, Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram