'Dah tertulis di lohmahfuz', Fazley Yaakob dedah sudah bercerai lepas 18 tahun jalani hidupan berumah tangga


  • Hiburan
  • Selasa, 15 Okt 2024

Fazley Yaakob mendedahkan sudah bercerai beberapa bulan yang lepas.

SELEPAS 18 tahun jalani kehidupan dalam rumah tangga, kini, cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 46, mendedahkan bahawa dia bersama bekas isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz sudah bercerai beberapa bulan yang lepas.

Penyanyi lagu Kerna Asmara itu berkata, keputusan yang dilakukan adalah atas persetujuan bersama di antara dia dan bekas isterinya.

Untuk rekod, Azrene Soraya ialah anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas suaminya, Abdul Aziz Nong Chik.

BACA LAGI: [VIDEO] Sedih berjauhan dengan anak, DSV reda Cik B sambung belajar di Barcelona

BACA LAGI: [VIDEO] Mencari Alasanmu dianggap lagu 'resign', mungkin ada kaitan isu peribadi Lukhman S — Ezad Lazim

“Saya sendiri telah memfailkan penceraian beberapa bulan yang lalu dan tempoh idah telah pun tamat.

“Empat anak kami kini di bawah hak jagaan bersama. Semoga dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun, dia memaklumkan bahawa hubungan dengan bekas isterinya masih kekal baik dan sama sewaktu mereka mula-mula berkenalan dahulu.

Dalam hantaran di media sosial, Fazley dilihat memuat naik satu posting yang menjelaskan soal perlunya reda dengan ketetapan Tuhan.

"Dah tertulis di lohmahfuz akan langkah perjalanan hidup kita.

"Dengan siapa kita kenal, dengan siapa kita berkawan, bila kita jumpa jodoh dan bila ajal kita.

"Jadi jangan risau dengan perjalanan hidupmu. Kita hanya merancang tetapi ALLAH sebaik-baik perancang," katanya.

Untuk rekod, Fazley bersama Azrene Soraya dikurniakan empat orang cahaya mata.

Tiga orang anak lelakinya adalah Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah, 13, dan seorang anak perempuan, Alayna Selma 7. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram