KJ belanja peminat nasi lemak, tunai 'manifesto' lepas menang anugerah


  • Hiburan
  • Isnin, 14 Okt 2024

KJ memberikan bayangan akan kembali ke dunia politik tidak lama lagi.

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melunaskan janjinya untuk belanja makan kepada peminat, selepas beliau menang sebagai Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 baru-baru ini.

Bertempat di Nasi Lemak Saleha di Ampang, Khairy atau KJ yang juga penyampai stesen radio Hot FM, meraikan kemenangan tersebut dengan menjamu peminatnya nasi lemak secara percuma, dan ia merupakan sebahagian daripada "manifestonya" ketika mengumumkan hal tersebut di konti radio sebelum ini.

"Hari ini, kami menunaikan janji, saya berjanji akan menjamu semua orang jika saya menang. Jadi hari ini, kami menepati janji itu.

"Ramai orang sudah berada di sini sejak pagi di Nasi Lemak Saleha Ampang, dan sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang dan menyokong saya," katanya.

462618978_1285378289138369_8636418395351472893_n

KJ telah meraikan kemenangan di Nasi Lemak Saleha di Ampang.

Pada masa sama, KJ memaklumkan kemungkinan calon lain akan diketengahkan untuk ABPBH tahun depan berikutan ramai lagi DJ yang belum pernah menang anugerah kategori tersebut.

"Ramai orang gembira. Alhamdulillah, kerana kami ingin menghargai penyokong dan juga mereka yang memberikan cabaran semasa pertandingan," ujarnya.

BACA LAGI: Bukan 'hafiz dan fakih' tak mengapa, 3 kriteria utama layak duduk belakang gantikan imam

BACA LAGI: [VIDEO] Ustaz Syamsul Debat kongsi 5 amalan 'power' elak terkena pukau

KJ sempat bergurau dengan peminat dengan menyatakan kontraknya sebagai penyampai radio di stesen tersebut bakal berakhir dan kemungkinan kontrak tersebut akan diperbaharui.

Sementara itu, pada malam kemenangan KJ memberikan bayangan akan kembali ke dunia politik nanti namun beliau juga tidak tergesa-gesa untuk kembali ke arena itu.

"Saya singgah sekejap saja (dunai radio), sudah tentu saya ingin kembali suatu hari nanti kerana itu adalah dunia asal (politik) saya. Tetapi apabila saya kembali, saya akan mengambil masa.

"Untuk sekarang, saya selesa dengan kehidupan dan karier saya. Saya tidak tergesa-gesa untuk kembali ke politik," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram