BUAT golongan yang menggemari aktiviti berkebun, anda boleh menjaga tumbuh-tumbuhan dan tanaman kesayangan tanpa perlu membazirkan air, masa dan usaha.
Kebiasaannya, kuantiti penggunaan air ketika menyiram tumbuhan pastinya berlebihan daripada yang diperlukan malah menjadi lebih banyak apabila musim panas yang mengakibatkan tanah kering.
Jurucakap Bund für Umwelt und Naturschutz Deutschland (BUND), Jerman Friends of the Earth, Corinna Holzel berkata, adalah lebih baik untuk mengurangkan kekerapan siraman dan menyiram tanaman dengan cara yang betul.
Semuanya tentang masa
Masa terbaik untuk menyiram tanaman adalah pada waktu pagi. Menyiram pada tengah hari sebenarnya tidak digalakkan kerana air akan disejat dengan cepat selain mengakibatkan tumbuhan boleh terbakar dalam keadaan panas.
"Cuba kumpulkan air hujan dan gunakannya untuk menyiram tumbuhan, cara tersebut membantu menjimatkan air daripada paip atau bawah tanah," kata Holzel.
Hos atau tin penyiram adalah pilihan yang lebih baik kerana jumlah air dapat dikawal mengikut keperluan.— Gambar Hiasan
Tong penyiram, bukan penyiram
Bagaimana pula dengan alat lain, seperti perenjis? Apabila menyiram rumput, banyak air yang hilang dan terdapat risiko besar tanaman itu jika tidak disiram dengan betul. Sebagai contoh, menyiram tomato dari atas pokok adalah satu idea yang tidak bernas.
Hos atau tin penyiram adalah pilihan yang lebih baik kerana jumlah air dapat dikawal mengikut keperluan. Jika anda memutuskan untuk menggunakan pemercik (sprinkler) rumput semasa cuaca kering dan panas, hidupkannya pada waktu malam kerana air kurang menyejat.
"Selain itu, penting juga untuk memastikan air daripada pemercik tidak sampai ke tumbuhan lain, yang akan menyebabkan banyak air tersejat dan daun menjadi basah.
"Sebaliknya, adalah lebih baik untuk menyiram tumbuhan pada batang atau di kawasan akar yang lebih memerlukan air," jelas Holzel.
Pemercik rumput sebaiknya dihidupkan pada waktu malam kerana air kurang menyejat.— Gambar Hiasan
Bagi tetapan masa, adalah sangat penting dan bermanfaat apabila anda keluar bercuti atau tiada di rumah untuk tempoh yang panjang bagi memastikan tumbuhan tidak kuning atau kering apabila pulang.
Teknik penanaman dengan betul
Penanaman juga memainkan peranan dalam menjimatkan penggunaan air. Bagi pokok renek atau berbunga, anda harus menanamnya secara padat dan rapat sehingga terdapat sedikit atau tiada tompok terbuka bebas di dalam tanah. Kaedah ini akan mengurangkan proses penyejatan.
Terdapat banyak spesies tumbuhan yang bukan sahaja memerlukan sedikit air, bahkan ada yang menyediakan makanan buat serangga seperti bunga marigold.— Gambar Hiasan
"Cara ini juga memberi kesan positif kerana anda tidak perlu sentiasa mencabut rumpai yang tumbuh di situ," ujarnya.
Terdapat banyak spesies tumbuhan yang bukan sahaja memerlukan sedikit air, bahkan ada yang menyediakan makanan untuk serangga seperti bunga marigold.
Pokok bunga chicory dan daisy turut boleh menahan panas matahari dan masih menghasilkan bunga yang cantik.
Tumbuhan berbulu seperti daun bawang juga mampu bertahan dengan baik dalam cuaca kering dan panas.
Satu lagi petua yang menjimatkan air, masa dan usaha adalah jangan memotong rumput terlalu banyak. Ini kerana apabila rumput tumbuh lebih lama, bekalan air dalam tanah dapat dikekalkan dengan lebih baik dan air tidak disejat dengan cepat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram