MASYARAKAT dikejutkan dengan berita mengenai pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin yang sah bercerai pada Isnin di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Isu rumah tangga itu hangat diperkatakan di media sosial memandangkan ramai peminat beranggapan kedua-dua insan sama cantik sama padan itu sebagai pasangan selebriti yang serasi.
Menerusi laman TikTok, ramai netizen yang tidak menafikan bahawa kehidupan rumah tangga merupakan satu perjalanan yang penuh mencabar.
BACA LAGI: 'Ratu contest' gemar doodle di malam hari, anggap lukisan terapi kesihatan mental
Fattah Amin dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Bagaimana, jika kedua-dua pihak sama-sama berusaha menyelamatkan keadaan, tidak mustahil mampu bersatu semula.
Itulah harapan yang dilontarkan rata-rata peminat sambil turut berharap agar mereka memiliki kesudahan seakan-akan kisah Farid Kamil dan Diana Danielle.
Sebelum ini, Diana Danielle juga pernah memaklumkan bahawa sikap Farid Kamil lebih baik daripada sebelumnya setelah mereka memilih untuk merujuk kembali.
Susulan itu, seorang pengguna, Qaisara berharap agar Fattah mengambil contoh untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh bagi menyelamatkan keadaan rumah tangganya yang baru terlerai.
"Bila Fazura cakap saya harap dia datang pujuk saya sungguh-sungguh.. Itulah perempuan ini perlukan perhatian.
"Kalau Fattah pujuk tak berjaya, terus peluk cium sahaja isteri tu haa.. Mesti lembut hati Fazura tu," tulisnya.
Kata-kata itu turut disokong oleh individu lain, Didesophia yang menyamakan dengan usaha yang pernah dibuat Farid Kamil terhadap isterinya yang tercinta.
"Betul macam Farid Kamil pujuk Diana Danielle... Tapi itulah manusia lain-lain. Memang bestlah nampak bersungguh-sungguh nak bersama balik," katanya.
Tidak hanya itu, Nea turut berharap agar Fattah Amin mempelajari sifat Farid Kamil sebagai suami misali yang berusaha semampu mungkin untuk mendapatkan cinta hatinya.
"Ya, Farid Kamil nampak. Berusaha betul-betul pujuk Diana.. Macam-macam yang dibuat.. Sampaikan tampil dengan tawaran pendamaian berjumlah keseluruhan RM319,700 untuk memujuk isterinya," katanya.
"Tak boleh lawan... Farid Kamil datang ke mahkamah bawa bunga dan cincin. Tabik dekat Farid Kamil," tulis Erda Rakim.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Fattah Amin turut memaklumkan bahawa usaha sebelah pihak sahaja tidak mampu menjernihkan hubungan.
"Kita tengoklah macam mana sebab usaha pujuk ini tak jadi kalau cuma di sebelah pihak sahaja.
"Dia kena ada usaha daripada kedua-dua belah pihak," katanya.
Rata-rata warga maya berharap agar mereka memilih untuk merujuk kembali suatu hari
"Saya harap lepas bercerai ini kalian berbaik semula dan ubah mana yang patut ubah," tulis Nur Fairuz.
Sebelum ini, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram