Komtar, Ferringhi Bay dan Bukit Bendera antara 5 'healing spot' terbaik di Pulau Pinang


  • Hobi
  • Sabtu, 05 Okt 2024

Bukit bendera (kiri) dan Ferrighibay (kanan) merupakan tempat menarik untuk dikunjungi di Pulau Pinang.

SIAPA sahaja tidak suka mengunjungi Pulau Pinang memandangkan ia merupakan salah satu destinasi yang terkenal dengan keindahan alam.

Malah, Pulau Pinang juga sesuai buat individu yang mencari tempat untuk memperoleh ketenangan dan penyembuhan jiwa.

Manakan tidak, mengeliling kawasan Pulau Pinang mampu memberi kita satu nikmat dari sudut perasaan serta minda yang tenang.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan sekadar glamping, The Hid3out Ulu Yam dan Dusun Bonda port aktiviti syok di Selangor

BACA LAGI: Rasai ribut daki Kinabalu, gangguan mistik di Nuang dan bertemu jodoh rakan hikers antara pahit manis Hamizah tawan puncak gunung

Sebelum memutuskan untuk bergerak ke negeri itu, pastinya pengunjung perlu mencari lokasi yang tepat untuk dikunjungi agar tidak terlepas peluang menyaksikan keindahan kawasan yang pelbagai.

Tahukah anda ada banyak 'port healing' menarik yang boleh dikunjungi apabila datang ke Pulau Pinang?:

1. Ferringhi Bay

Ferringhi Bay dibuka setiap hari namun pada waktu yang berbeza.

Pada Isnin hingga Khamis, kawasan itu dibuka pada pukul 12 tengah hari hingga pukul 9 petang, manakala pada Jumaat hingga Ahad dan cuti umum dibuka bermula pada pukul 11 pagi hingga pukul 10 malam.

Ferringhi Bay dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi termasuk pantai yang bersih dan air laut yang jernih.

Ia adalah tempat yang ideal untuk bersantai dan menikmati pemandangan.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti air seperti snorkeling, menyelam dan berkayak.

Perkara itu memberikan pengalaman yang menyeronokkan terutama buat pencinta aktiviti 'outdoor'.

2. Bukit Bendera

Pastinya ramai pengunjung tidak mahu melepaskan peluang untuk mengunjungi kawasan Bukit Bendera.

Sewaktu berada di Bukit Bendera, pengunjung perlu menaiki keretapi selama lebih kurang 10 minit untuk sampai ke bahagian puncak dengan ketinggian 820 meter (m) daripada aras laut.

Yang menarik, berada dari kawasan puncak Bukit Bendera membolehkan pengunjungi menikmati panorama indah bandar Georgetown, Seberang Perai, Jambatan Pulau Pinang dan permandangan laut.

Bagi individu yang malas untuk berjalan, terdapat kemudahan buddy disediakan dengan bayaran sebanyak RM30.

Pengunjung juga tidak perlu bersusah payah memikir soal pemakanan memandangkan terdapat kawasan makanan yang terletak di Food Court Bukit Bendera.

Antara kedai yang terkenal adalah Lily Penang Hill Ice Kacang yang dibuka pada pukul 9 pagi hingga 7 petang setiap hari.

3. The TOP Komtar

The TOP Komtar memberi peluang buat pengunjung untuk merasai suasana apabila berada di tingkat atas iaitu pemandangan 360 darjah bandar George Town dan laut sekitarnya.

Apabila mengunjungi The Top Komtar, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang memberi pengalaman berbeza buat seseorang mengikut pakej yang dipilih pengunjung.

Antara aktiviti yang ditawarkan adalah seperti Sky Walk, Rainbow Skywalk, Penang Wonderland, 3D Interactive Museum dan Pusat Sains.

4. Avatar Secret Garden

Taman Avatar Secret Garden memberikan peluang buat pengunjung merasai berada di sekeliling lampu LED yang menciptakan suasana magis terutama pada waktu malam.

Pengunjung boleh berinteraksi dengan pelbagai instalasi seni unik dan menarik yang menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur.

Dengan latar belakang yang cantik dan futuristik, ia adalah lokasi yang sempurna untuk mengambil gambar menarik.

Tempat ini sesuai untuk lawatan keluarga, dengan banyak aktiviti yang boleh dinikmati bersama.

5. Audi Dream Farm

Pengunjung boleh merasai suasana berada di ladang sambil membuat pelbagai aktiviti seperti memberi makan haiwan, berkebu, dan melihat proses pengeluaran hasil tani.

Terdapat pelbagai jenis haiwan seperti kambing, arnab dan burung yang boleh dilihat dan diberi makan.

Selain itu, pameran dan maklumat tentang pertanian yang mendidik juga disediakan untuk memberi peluang kepada pengunjung mengetahui cara pertanian yang berlanjutan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram