Pilih laluan rata, pakai kasut sesuai bantu penghidap osteoartritis jalani aktiviti hiking


  • Sihat
  • Khamis, 03 Okt 2024

Pesakit osteoartritis lutut masih boleh mendaki jika menitikberatkan penjagaan yang betul.

JIKA lutut anda terjejas akibat osteoarthritis dan anda pula sedang mempertimbangkan untuk pergi mendaki atau bercuti, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Anda tidak boleh pergi begitu sahaja tanpa berhati-hati.

Pengarah Jabatan Pembedahan Trauma dan Ortopedik di Pusat Perubatan Universiti Hamburg-Eppendorf, Dr Karl-Heinz Frosch berkata, banyak perkara yang mampu dilakukan jika mahu mendapatkan rawatan lutut dengan sebaiknya.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak perlu malu kerja sambilan jadi pengawal, Nurin antara 3 pelajar IPT contoh sanggup sengkang mata demi penduduk Desa Melor

BACA LAGI: Tiba masa ubah jolokan 'Colombia', MBDK giat jadikan Pangkalan Batu titik ubah persepsi Klang

6336582014949506256

Memilih laluan trek yang mudah penting untuk pesakit osteoartritis lutut.

“Osteoartritis lutut lebih sensitif. Tetapi jika anda merawatnya dengan baik, anda masih boleh melakukan banyak perkara,” katanya.

Osteoartritis adalah penyakit sendi degeneratif yang menyebabkan keradangan dan kesakitan pada sendi.

Keadaan itu berlaku apabila tulang rawan yang melindungi hujung tulang dalam sendi secara perlahan-lahan mengalami kerosakan dan menyebabkan tulang saling bergesel.

Gejala biasa termasuk berasa sakit, kekakuan dan pembengkakan.

Walaupun tidak boleh disembuhkan, penyakit itu boleh diuruskan dengan sebaiknya.

Antaranya, seseorang tidak perlu menggunakan laluan pendakian yang panjang dan sukar bagi membolehkan lutut terbiasa dengan beban yang dihadapi secara beransur-ansur.

"Mendaki secara beberapa hari berturut-turut boleh menyebabkan lutut anda mengalami tekanan yang menyakitkan.

"Lutut anda memerlukan rehat untuk pulih," kata Dr Frosch.

Senaman secara amnya disarankan buat individu yang miliki osteoartritis lutut.

“Tulang rawan boleh dilatih. Senaman menguatkan tisu tulang rawan yang tinggal serta tulang, tendon dan otot di sekelilingnya,” katanya.

Individu yang mempunyai osteoartritis lutut serta yang mempunyai kaki bengkok atau lutut knock-kneed perlu mendapatkan rundingan dengan pakar perubatan sebelum memulakan perjalanan mendaki bagi mengetahui lebih jelas tentang jenis aktiviti pendakian yang boleh dilakukan.

Kadangkala, penggunaan insole juga dapat membantu.

Laluan tinggi dan panoramik lebih sesuai berbanding pendakian curam ke puncak.

"Penurunan yang curam terutamanya memberikan tekanan yang besar pada lutut dan harus dielakkan," kata Dr Frosch.

Untuk menikmati pemandangan panoramik dan mengurangkan beban pada lutut, anda juga boleh menggunakan kereta kabel sewaktu turun dari pendakian.

“Semasa memilih laluan, pastikan terdapat pilihan keluar di sepanjang jalan,” katanya yang turut memberi nasihat untuk menghentikan pendakian jika lutut berasa sakit.

Walaupun tidak sakit, anda harus mengambil rehat yang cukup untuk melegakan lutut anda.

Sebaiknya, elakkan menggunakan trek pendakian yang tidak rata, dipenuhi akar dan berbatu.

Jalan asfat (bitumen) juga tidak baik untuk lutut yang sensitif.

"Jika boleh, anda seharusnya mendaki di jalan hutan yang rata," nasihat Dr Frosch.

6336582014949506260

Menggunakan kasut yang sesuai penting untuk pesakit osteoartritis lutut.

Kasut yang sesuai

Seseorang perlulah menggunakan kasut yang sesuai dengan kesesuaian trek yang dilalui.

"Kasut sukan lembut dengan tapak berlapik adalah baik untuk sendi anda dan pilihan yang tepat bagi laluan ialah jalan hutan yang rata," kata Dr Frosch.

Namun, lebih baik menggunakan kasut khas untuk pendakian apabila melalui kawasan yang tidak rata kerana dapat melindungi daripada kecederaan buku lali dan memberikan lebih banyak sokongan pada lutut.

Apa jua kasut yang anda pilih, pastikan ia telah dipakai dan diuji sebelum digunakan.

Dr Frosch berkata, tongkat trek juga boleh membantu mengurangkan sebahagian berat badan anda dan mengurangkan tekanan pada lutut.

“Terutamanya ketika menuruni bukit, ia boleh mengurangkan tekanan sebanyak 10kg (kilogram) hingga 15kg,” katanya.

Jika anda memerlukan lebih banyak sokongan, anda boleh memakai alat sokongan lutut.

“Saya tidak sarankan memakainya sepanjang hari atau secara kerap.

“Alat sokongan bukan penyelesaian jangka panjang. Lebih baik menguatkan otot secara khusus terlebih dahulu," katanya.

Dr Frosch berkata, stoking pemampatan boleh membantu jika osteoartritis menyebabkan pembengkakan lutut.

"Class 1 stockings serupa dengan stoking joging yang ketat.

"Class 2 stockings lebih ketat dan biasanya memerlukan alat untuk memakainya. Inilah sebabnya ia kurang terkenal," katanya.

Individu yang miliki masalah osteoartritis lutut seharusnya menggunakan beg galas yang ringan.

“Dua atau tiga kg tidak seharusnya menjadi masalah.

“Dan tentu saja, anda harus membawa cukup air. Tetapi membawa beban terlalu berat atau mempunyai berat badan berlebihan – akan memberikan tekanan tambahan pada lutut anda," katanya.

Bagi tip terakhir, sebaiknya, terdapat tempat untuk berhenti berehat sepanjang laluan anda.

Dengan cara itu, anda tidak perlu membawa terlalu banyak makanan dan minuman. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram