Saringan kesihatan diperluas di pintu masuk sempadan elak penularan Mpox


  • Sihat
  • Sabtu, 21 Sep 2024

Saringan kesihatan dipertingkat bagi mengelak penularan wabak Mpox. 

KEMENTERIAN Kesihatan mempertingkatkan saringan kesihatan di semua pintu masuk sempadan bagi mengelak penularan wabak cacar monyet atau lebih dikenali sebagai Mpox.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, usaha itu diperluas berikutan kes membabitkan seorang lelaki yang disahkan dijangkiti Mpox.

Beliau berkata, saringan sedang dijalankan mengikut prosedur, termasuk pemeriksaan suhu badan dan individu yang disyaki menunjukkan simptom Mpox akan diambil untuk saringan dan pemeriksaan lanjut.

BACA LAGI: Mpox: Penduduk Kelantan baru pulang negara berisiko digesa lapor diri di Jabatan Kesihatan

BACA LAGI: Perlu ada sistem hukum pendera, elak kes eksploitasi kanak-kanak meningkat — Lee Lam Thye

Mpox sudah diisytihar sebagai darurat kesihatan global oleh WHO.

“Kementerian juga mengutamakan kesihatan petugas kesihatan dan akan mengeluarkan kenyataan berhubung vaksin untuk mencegah jangkitan.

“Setakat ini, jangkitan masih terkawal dan KKM menumpukan perhatian terutamanya kepada kumpulan berisiko tinggi,” katanya.

Katanya lagi, kementerian telah menyediakan garis panduan tentang bagaimana mpox boleh menjangkiti kumpulan berisiko tinggi jika gejala muncul.

“Kementerian bersedia menangani isu Mpox dan kami juga telah memaklumkan kepada semua klinik kesihatan di seluruh negara,” katanya. — TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram