Perlu ada sistem hukum pendera, elak kes eksploitasi kanak-kanak meningkat — Lee Lam Thye


  • Massa
  • Sabtu, 21 Sep 2024

Kes penderaan yang terjadi membabitkan pusat jagaan perlu diambil tindakan yang serius. — Gambar hiasan

TINDAKAN segera perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan setiap kanak-kanak, kata Tan Sri Lee Lam Thye, susulan beberapa siri kes penderaan di pusat jagaan kanak-kanak baru-baru ini.

Pengerusi Alliance for a Safe Community itu berkata, insiden tersebut menunjukkan keperluan dan adanya tindakan segera yang mampu mendorong kepada perubahan sistemik.

"Meluahkan rasa marah semata-mata tidak cukup, kita mesti melaksanakan langkah-langkah yang memastikan keselamatan dan kesejahteraan setiap kanak-kanak," katanya.

BACA LAGI: 'Ratu contest' gemar doodle di malam hari, anggap lukisan terapi kesihatan mental

BACA LAGI: Norehan 'tak kosong', kaki motor pernah kena paksa buka tudung, kongsi perlu arif jalan sebelum 'ride' di negara orang

Tambahnya lagi, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak mereka.

"Mereka tidak harus teragak-agak untuk menyoal, memerhati dan melibatkan diri secara aktif dalam penjagaan anak-anak mereka.

"Komunikasi terbuka dengan anak-anak mereka adalah penting dan ibu bapa mesti mempercayai naluri mereka jika ada sesuatu yang tidak kena," katanya.

Dalam pada itu, Lee berkata, kerajaan perlu meningkatkan dan memperkenalkan peraturan dan penguatkuasaan yang lebih ketat.

"Pemeriksaan latar belakang untuk semua kakitangan penjagaan kanak-kanak dan pemeriksaan tanpa pemberitahuan mesti diwajibkan.

"Kita memerlukan sistem yang menghukum pendera dan mencegah jenayah daripada berlaku," katanya.

Tan Sri Lee Lam Thye's vision for Malaysia entails a collaborative approach where each stakeholder recognises their respective roles and contribute meaningfully to social progress — MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Lee berkata, kerajaan perlu meningkatkan dan memperkenalkan peraturan dan penguatkuasaan yang lebih ketat.

Lee turut menegaskan bahawa pusat jagaan kanak-kanak mempunyai kewajipan moral untuk bersikap terbuka dan bertanggungjawab.

"Mereka harus berkomunikasi secara terbuka dengan ibu bapa dan mempunyai dasar yang jelas untuk menangani aduan.

"Mereka juga mesti berusaha dalam latihan kakitangan secara komprehensif," katanya.

Lee berkata, masyarakat juga perlu memberi sokongan dalam memastikan kanak-kanak dilindungi.

“NGO dan kumpulan sokongan menyediakan sumber yang tidak ternilai dan kita harus mewujudkan rangkaian sokongan yang mengukuhkan budaya keselamatan,” tambahnya.

Lee turut menganggap bahawa perlunya mewujudkan satu standard baharu iaitu berkaitan keselamatan dan kepercayaan kanak-kanak yang menjadi hal paling utama.

"Parut penderaan amat mendalam, tetapi kita boleh mengatasinya dengan kekuatan kolektif untuk perubahan," katanya. — TheStar/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram