SIAPA sahaja yang tidak suka untuk melancong ke luar negara memandangkan perkara itu mampu memberi peluang untuk kita meneroka budaya baru yang dimiliki di sesebuah tempat.
Melancong juga merupakan peluang untuk berehat dan melepaskan diri dari tekanan hidup seharian.
Perjalanan yang jauh sebegitu juga dapat memperluas pandangan dunia kita, meningkatkan kemahiran sosial dan memberi peluang untuk berehat dari rutin harian.
BACA LAGI: Beri sokongan emosi antara tip penting buat ibu bapa apabila anak sudah akil baligh
BACA LAGI: Gaya hidup 'tak mahu miliki anak' berisiko dedah wanita kepada kanser payudara
Powerbank boleh dibawa ke kabin.
Banyak perkara yang perlu dititikberatkan untuk seseorang yang 'kaki travel' atau pemula yang mahu melancong khususnya ke luar negara.
Antaranya adalah mengenai barangan yang boleh dibawa masuk ke kabin pesawat dan perkara yang dilarang untuk dibawa.
Manakan tidak, pematuhan ini penting bagi mengelak barangan yang dibawa dirampas atau dibuang sewaktu diperiksa di lapangan terbang.
1. Powerbank
Powerbank adalah antara barangan yang boleh dibawa masuk ke dalam kabin.
Namun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi bagi individu yang mahu menjelajah ke sesuatu negara.
Antaranya, seseorang perlulah memastikan powerbank yang dibawa mempunyai kapasiti tidak melebihi 100Wh (watt-jam) untuk dibawa masuk ke dalam kabin.
Jika kapasiti melebihi 160Wh, ia memerlukan kebenaran dari syarikat penerbangan.
Dari segi penggunaan pula, powerbank mesti digunakan untuk mengecas peranti dan tidak boleh disambungkan ke peranti semasa penerbangan.
Powerbank yang dibawa juga seharusnya disimpan dalam beg tangan dan tidak boleh diletakkan dalam bagasi yang akan diperiksa di lapangan terbang.
Sentiasa semak dengan syarikat penerbangan anda untuk maklumat terkini dan spesifik sebelum penerbangan.
Membawa EarPods ketika penerbangan bagus untuk merehatkan minda dengan alunan muzik yang indah.
2. EarPods
EarPods adalah aksesori elektronik yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja yang anda pergi.
Jadinya, ia barangan yang sesuai untuk dibawa ke dalam kabin pesawat.
Apatah lagi, EarPods tidak memerlukan banyak ruang dan biasanya digunakan untuk mendengar muzik atau bagi membolehkan seseorang menjawab panggilan tanpa menggunakan wayar.
Bagaimanapun, pastikan anda mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.
Bagasi boleh dibawa ke dalam kabin.
3. Bagasi
Menurut peraturan AirAsia, penumpang dibenarkan membawa satu beg kabin dengan berat maksimum 7 kg dan ukuran maksimum 56cm x 36cm x 23cm.
Selain itu, penumpang juga boleh membawa satu item peribadi seperti beg tangan atau laptop.
Bagaimanapun, pastikan barang yang anda bawa tidak mengandungi bahan terlarang dan memenuhi syarat keselamatan penerbangan.
4. Barangan cecair
Peraturan-peraturan antarabangsa mengehadkan kuantiti cecair, aerosol dan gel (LAG) yang anda boleh bawa naik dalam penerbangan antarabangsa.
Bagaimanapun, sekatan-sekatan itu tidak terpakai untuk bagasi daftar masuk anda.
Item LAG seperti minuman, krim, minyak wangi, semburan, gel dan ubat gigi mestilah dalam bekas 100 mililiter (ml) / 3.4oz (isi padu), 100 gram (berat) atau kurang.
Semua bekas LAG sepatutnya muat dengan baik dalam beg plastik lutsinar boleh tutup.
Anda hanya dihadkan kepada satu beg plastik lutsinar boleh tutup dengan isi padu tidak melebihi satu liter dan dan kawasan tertutup beg mesti sehingga tidak melebihi 80 cm (sebagai contoh 20x20 cm atau 15x25 cm).
Mana-mana LAG yang dibawa dalam bekas yang lebih besar daripada 100ml tidak akan diterima sebagai barang bawaan, walaupun bekas itu hanya penuh.
Ubat-ubatan dibenarkan bawa ke dalam cabin.
5. Ubat-ubatan
Bila membawa ubat naik ke dalam kabin pesawat, ada beberapa tip yang perlu diikuti.
Pertama, seseorang perlulah memastikan ubat disimpan dalam bekas asalnya, lengkap dengan label yang jelas.
Ini membantu petugas keselamatan mengenal pasti ubat tersebut.
Selain itu, bawa hanya jumlah ubat yang diperlukan untuk perjalanan, serta sedikit tambahan jika ada kemungkinan kelewatan.
Jika ubat tersebut dalam bentuk cecair, pastikan ia memenuhi peraturan yang sama seperti cecair lain, iaitu tidak melebihi 100ml dan dimasukkan dalam beg plastik yang boleh ditutup.
Digalakkan agar membawa juga salinan preskripsi atau surat doktor sebagai rujukan jika diperlukan.
Dengan berbuat sedemikian, anda dapat memastikan bahawa ubat anda selamat dan mudah diakses semasa penerbangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram