Pasar Payang antara tarikan utama di Pantai Timur


  • Massa
  • Rabu, 18 Sep 2024

Pasar Payang di Kuala Terengganu, Terengganu yang menjual pelbagai barangan seperti barangan basah, kraf dan tradisional.

MELAWAT pasar adalah cara yang terbaik untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan dan mendalami tentang budaya serta tradisi sesebuah tempat.

Ini adalah sebab mengapa lawatan ke pasar seperti Pasar Payang di Kuala Terengganu, Terengganu dan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan tidak boleh dilepaskan.

Pelbagai kraf tangan, hidangan tempatan dan pakaian tradisional boleh didapati di kedua-dua tempat tersebut yang menjadi destinasi wajib kunjungan pelancong.

BACA LAGI: SIAR: Dilabel ‘Sarjan Misai’, bakat A. Galak mula dicungkil dalam filem Nujum Pak Belalang, Ali Baba Bujang Lapok

BACA LAGI: Jangan tambah trauma, pasca nasib kanak-kanak di rumah amal GISB perlu dibela — Suhakam

Pada hari Jumaat dan Sabtu, iaitu hujung minggu di Pantai Timur, pasar itu akan dipenuhi dengan pelancong dari seluruh Malaysia.

Di Pasar Payang, ia adalah perkara biasa untuk melihat penjual berdiri di antara timbunan makanan yang dibungkus seperti keropok, ikan masin dan makanan ringan lain.

High stacks of packaged dry foods are common sights at Pasar Payang.

Timbunan makanan ringan seperti biskut menjadi tarikan di Pasar Payang.

Pelbagai gerai pakaian yang terletak di bahagian lain turut menjual batik yang merupakan produk popular di Terengganu.

Kepada mereka yang mencari makanan tempatan harus pergi ke medan selera, yang menjual pelbagai makanan seperti nasi dagang, nasi minyak, laksam dan keropok lekor.

The Pasar Payang food court offers many options to sample local delicacies. - Photos: FARID WAHAB/The Star

Medan selera Pasar Payang terletak di bahagian belakang pasar tersebut.

Pasar tersebut beroperasi setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 6 petang.

The majority of traders at Pasar Siti Khadijah are women.

Kebanyakan penjual di Pasar Siti Khadijah terdiri daripada golongan wanita.

Manakala Pasar Siti Khadijah pula ialah kompleks tiga tingkat di mana kebanyakan peniaga di situ terdiri daripada golongan wanita.

Tingkat bawah kompleks tersebut menjual barangan basah, manakala tingkat pertama pula menjual barangan kering dan terletaknya medan selera.

Nasi kerabu dan nasi padang adalah juadah yang terkenal, selain daripada kuih akok (yang diperbuat daripada tepung dan gula).

Kedai menjual pakaian dan peralatan memasak pula terletak di tingkat atas.

Pasar tersebut beroperasi setiap hari daripada 7.30 pagi hingga 5.30 petang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram