
WANITA mengjangkau usia 30an digalakkan untuk mengambil pil suplemen seperti vitamin sebelum pra menopaus bagi mencegah penyakit kronik termasuk penyakit jantung berbanding trend dahulu yang kebiasannya diambil selepas menopaus.
Ia adalah berdasarkan kajian daripada penyelidik Amerika mengenai penemuan ini, yang dibentangkan pada mesyuarat tahunan Persatuan Kardiologi Eropah di London, United Kingdom, pada 30 Ogos hingga 2 September lalu.
Ketua kajian, Dr Paul Ridker dari Brigham and Women’s Hospital di Boston, Amerika Syarikat (AS) memaklumkan, kajian itu menunjukkan untuk pertama kalinya, ujian darah tersebut membolehkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung) wanita dikenal pasti dalam tempoh tiga dekad akan datang.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
“Ini baik untuk pesakit, tetapi ia juga merupakan maklumat penting yang perlu diketahui pengeluar ubat penurun kolesterol, ubat anti-radang dan ubat penurun lipoprotein(a). Implikasi untuk terapi adalah meluas,” katanya.
Berdasarkan garis panduan semasa, doktor mengatakan wanita secara umum tidak seharusnya mendapatkan terapi pencegahan sebelum usia 60 hingga 70-an.
Ujar Dr Paul, data terbaharu yang diperoleh jelas menunjukkan bahawa garis panduan tersebut perlu ditukar.
Seramai 27,939 peserta yang terlibat dalam kajian jangka panjang Women’s Health Initiative telah menjalani ujian darah, antara 1992 dan 1995 untuk kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL), yang juga disebut sebagai 'kolesterol jahat'.
Mereka turut menjalani ujian untuk protein C-reaktif kepekaan tinggi (hsCRP), penanda keradangan saluran darah dan lipoprotein(a), sejenis lemak yang ditentukan secara genetik.
Dr Paul Ridker bertugas di Brigham and Women’s Hospital di Boston, Amerika Syarikat.
Walaupun ubat yang menurunkan LDL kolesterol dan hsCRP sudah tersedia secara meluas, termasuk statin dan pil tertentu untuk tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung, ubat yang mengurangkan tahap lipoprotein(a) masih sedang dibangunkan oleh syarikat berkenaan.
Dr Paul berkata, untuk beberapa kes, perubahan gaya hidup seperti bersenam dan berhenti merokok juga boleh membantu dalam mencegah penyakit tersebut.
Jelasnya, kebanyakan yang terlibat dalam kajian itu merupakan wanita dari AS yang berkulit putih, tetapi penemuan tersebut berisiko memberikan impak yang lebih besar terhadap wanita berkulit hitam dan Hispanik.
"Terdapat prevalens keradangan yang tidak dapat dikesan dan tidak dirawat yang lebih tinggi.
“Ini adalah masalah global. Kita memerlukan saringan universal untuk hsCRP dan untuk lipoprotein(a), sama seperti kita sudah mempunyai saringan universal untuk kolesterol,” tambahnya lagi. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram