[VIDEO] Pengarah, pengurus besar agensi iklan direman 5 hari bantu siasatan kes laporan maklumat palsu


  • 112
  • Selasa, 10 Sep 2024

Pengarah dan pengurus besar sebuah syarikat pengiklanan direman lima hari di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka.

SEORANG pengarah dan pengurus besar sebuah syarikat pengiklanan direman lima hari bagi membantu siasatan berkaitan penyerahan laporan palsu projek pemasangan papan iklan di seluruh negeri.

Perkara itu dipercayai membabitkan tuntutan bernilai jutaan ringgit kepada sebuah agensi milik kerajaan Melaka sejak tiga tahun lalu.

Perintah reman kedua-duanya dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hassni pada Selasa.

BACA LAGI: Individu pertama lukis mural Sultan Pahang sampai diperkenan, Suhaimi Ali pernah 'terbang' hasilkan mural sampai ke di Indonesia

BACA LAGI: Tak serik patah kaki, memori Kawasaki Kips, sokongan arwah suami penguat semangat teruskan Norehan hobi 'ride'

Suspek masing-masing berusia 46 dan 48 tahun tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua tertuduh ditahan pada pukul 3 petang Isnin selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM negeri di Alai bagi untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie mengesahkan tangkapan itu untuk siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan di bawah seksyen itu, kedua-duanya boleh didenda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi dan penjara sehingga 20 tahun.

SPRM memulakan siasatan ke atas kewujudan billboards yang disiarkan secara haram di negeri berkenaan berikutan dua insiden pada 14 Julai di mana angin kencang menyebabkan struktur runtuh.

Kedua-dua struktur itu terletak di tengah-tengah kawasan tumpuan iaitu di Bandar Hilir dan Jalan Bachang, Melaka.

Pada 15 Julai lalu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, dua bangunan besar yang runtuh itu tidak mempunyai permit daripada PBT sebelum ia dibina. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram