Bahayakan bayi, Selena Gomez dedah tak boleh mengandung sebab ada banyak penyakit


  • Hiburan
  • Selasa, 10 Sep 2024

Selena mendedahkan dia tidak mampu untuk melahirkan zuriat sendiri.

SELENA Gomez mendedahkan bahawa dirinya tidak boleh mengandung kerana masalah kesihatan yang akan mendorong nyawa diri dan anaknya berada dalam keadaan bahaya.

"Saya tidak pernah cakap tapi sebenarnya saya tidak boleh mengandung anak sendiri. Itu adalah hal yang menyedihkan untuk seketika," katanya kepada Vanity Fair dalam laporan berita yang diterbitkan pada Isnin.

Penyanyi berusia 32 tahun itu sebelum ini bercakap secara terbuka tentang keinginannya untuk mempunyai anak walaupun terdapat kemungkinan mengalami komplikasi perubatan.

BACA LAGI: Pemandu bas 'crush' murid sekolah tak mengaku salah, menangis di kandang tertuduh

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal penjual makanan goreng, gadis sunti Sumatera ditemukan ditanam tanpa seurat benang

6269507403313693902

Selena pernah mengimpikan untuk memiliki anak sendiri.

Sebelum ini, penyanyi lagu Bad Liar itu telah menjalani kemoterapi untuk merawat penyakit autoimun lupus dan menjalani pemindahan buah pinggang akibat komplikasi lupus pada 2017.

Dia juga mengambil dua ubat untuk merawat masalah bipolarnya.

"Saya berada dalam keadaan yang lebih baik dengan itu (ubat)," katanya kepada Vanity Fair.

Dalam pada itu, Selena turut kagum dengan sifat individu yang mengambil anak angkat, dengan perasaan bahawa perkara itu juga berkemungkinan besar akan dibuatnya.

"Saya menjadi sangat menghargai saluran lain (ambil anak angkat) yang tersedia untuk ibu-ibu yang hampir mati akibat menderita pelbagai penyakit kerana saya salah seorang daripada mereka," katanya.

Dalam temu bual Isnin, Selena juga mengulas soal hubungannya dengan kekasih, Benny Blanco, sejak Disember 2023.

Beberapa bulan kemudian, Blanco diundang ke rancangan radio Howard Stern dan memberitahu hos bahawa dia berharap untuk berkahwin dengan Selena suatu hari nanti.

"Saya rasa agak kelakar apabila Blanco berani mendedahkan hal itu," katanya. — TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram