
PENYUSUAN anak merupakan satu tugas yang cukup mencabar bagi golongan ibu apabila mereka perlu berada dalam keadaan sihat untuk memastikan kandungan susu mencukupi.
Tetapi, pada hari ini, ramai memandang perkara itu sebagai sesuatu hal remeh kerana adanya susu bancuhan yang boleh diberikan kepada bayi dengan kandungan nutrien mencukupi berdasarkan kajian saintifik.
Namun, penyelidikan terkini mendapati susu ibu merupakan satu tugas yang membawa manfaat kepada ibu dengan bayi juga menerima zat penting ketika dalam proses pembesaran.
BACA LAGI: Ibu dua cahaya mata konsisten pam susu hingga anak-anak umur 2 tahun
BACA LAGI: Puting merekah, bengkak susu antara 5 cabaran buat 'new mom'
Bayi memerlukan susu ibu bagi proses tumbesaran. — Agensi
Berdasarkan topik yang diterbitkan dalam jurnal Nutriens pada 2021, ibu susu memiliki kandungan nutrien yang diperlukan dalam pelbagai peringkat tumbesaran kanak-kanak sehingga mereka berusia enam bulan.
Selepas tempoh tersebut, makanan lain akan disertakan dalam diet bayi kerana mereka memerlukan makanan yang kaya dengan zat besi seperti bijiran khas dan produk tenusu serta buah-buahan dikisar.
Tidak cukup dengan itu, kajian terbaru mendapati susu ibu mengandungi nutrien yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan bakteria, kuman mahupun parasit.
Perkara itu turut disokong sebuah artikel pada 2022 menyatakan antara manfaat boleh diterima kanak-kanak yang mengambil susu ibu secara kerap dapat mengelakkan mereka daripada mengalami isu kesihatan seperti cirit-birit, jangkitan telinga dan masalah pernafasan.
Penyusuan boleh mencipta hubungan psikologi antara ibu dan anak. — Agensi
Bagi golongan ibu pula, proses penyusuan akan merembeskan pelbagai jenis hormon dengan salah satu daripadanya akan membantu mengurangkan tahap stres dan kegelisahan.
Kajian mendapati proses berkenaan akan mencipta hubungan antara mereka dengan ibu akan menerima manfaat bukan sahaja dari segi emosi, bahkan dari segi fizikal.
Ini kerana penyusuan akan membolehkan mereka membakar sehingga 500 kalori setiap hari kerana tubuh ibu akan menghasilkan susu buat anak mereka.
Selain itu, selidikan turut mendapati ibu yang menyusukan kanak-kanak berada dalam golongan kurang berisiko untuk mengalami kanser payu dara atau pangkal rahim berbanding mereka yang tidak pernah berbuat demikian. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram