Feeling ala-ala di Krabi dan Korea, 5 port makanan menarik wajib pergi di Batu Pahat


  • Hobi
  • Sabtu, 07 Sep 2024

Banyak port menarik yang patut menjadi persinggahan apabila melancong di Batu Pahat, Johor.

SIAPA sahaja tidak tertarik dengan kota penuh keunikan, iaitu Batu Pahat yang terletak di Johor.

Menjejakkan kaki ke daerah itu buat pertama kalinya pasti menyebabkan seseorang terasa ingin kembali semula ke kawasan itu bagi menikmati setiap momen yang indah bersama individu tercinta.

Tidak hanya itu, pelancong baik pengembara solo atau berkeluarga juga pastinya mahu kembali ke tempat yang dikenali sebagai 'syurga makanan itu'.

Dikelilingi pelbagai tempat makanan yang sedap, banyak port menarik yang wajib dicuba bagi individu yang berhasrat untuk pergi Batu Pahat.

BACA LAGI: Individu pertama lukis mural Sultan Pahang sampai diperkenan, Suhaimi Ali pernah 'terbang' hasilkan mural sampai ke di Indonesia

BACA LAGI: Dari kelas belakang ke 'selempang pink' UiTM, kreativiti pasangan kembar pikat pengguna TikTok

1. Marianee Tomyam

Marianee Tomyam adalah salah satu restoran terkenal di Batu Pahat yang menyajikan hidangan tomyam dan masakan Thai.

Restoran unik itu terletak di kawasan yang mudah diakses dan menjadikannya sebagai pilihan utama bagi penduduk tempatan dan pelancong.

Restoran ini popular di kalangan penduduk tempatan dan pengunjung luar kerana menyediakan hidangan Thai yang cukup rasa dan kaya dengan rempah.

Antara menu menarik yang patut dicuba ialah nasi dagang yang disertakan dengan serunding ikan.

Miliki rasa hebat, nasi dagang yang lembut dan penuh dengan rasa istimewa pulut pastinya menyebabkan ramai terliur.

Selain nasi dagang, banyak menu lain seperti nasi kerabu, daging bakar, laksam, roti payang, ikan bakar dan nasi pad kra pao sizzling.

Berbeza berbanding menu di merata tempat, restoran ini turut menyediakan menu tomyam yang dimasak dengan air kelapa.

Bagi seseorang yang gemar menikmati hidangan belut, restoran itu juga menyediakan menu belut seperti belut phat phet dan juga sup belut yang pastinya jarang ditemui di sekitar kawasan selatan itu.

Air yang dijual juga sangat istimewa dan enak seperti bandung soda dan air mata kucing.

2. Pak O Cendol Batu Pahat

Bagi penggemar cendol, inilah cendol paling sedap di Batu Pahat yang patut dirasai.

Gula dan kepekatan santan yang dimiliki dalam sajian ini sangat berbeza berbanding cendol di tempat yang lain.

Penduduk di kawasan Batu Pahat mendefinisikan cendol Pak O sebagai 'cendol lejen' yang menggamit memori sewaktu zaman kanak-kanak.

Manakan tidak, Pak O Cendol sudah beroperasi sejak 1997 lagi!

Selain cendol, makanan lain seperti nasi lemak, rojak turut boleh disediakan di Pak O Cendol. [VIDEO DI SINI]

3. Fiveotwo CoffeeClub

Bagi individu yang ingin menikmati waktu petang yang santai, ini adalah lokasi yang patut disinggah.

Fiveotwo CoffeeClub dibuka pada pukul 4 petang sehingga 12 pagi.

Suasana kafe yang santai disertai tiupan angin kencang pastinya memberi pengalaman luar biasa buat seseorang.

Tidak hanya istimewa dengan menu kopi, banyak makanan lazat yang dijual di kafe itu.

Antaranya adalah ayam masak mentega yang disifatkan sebagai 'the best in town'.

Selain itu, wafer dan kek seperti tiramisu juga dijual di kedai itu.

4. Tomisstan Cafe

Bagi individu yang mengidam untuk merasai suasana seakan-akan berada di Krabi, anda hanya perlu datang ke Tomisstan Cafe.

Manakan tidak, reka bentuk kafe itu diperbuat dengan konsep unik bagi memberi seseorang pengalaman indah seakan-akan seperti berada di destinasi pelancongan terkenal Thailand itu.

Buktinya, ramai yang hadir ke kafe itu untuk mengambil gambar bagi dimuat naik ke media sosial.

5. AoBerHang Cafe

Bagi individu yang mencari makanan berkonsepkan ala-ala korea, AoBerHang Cafe merupakan pilihan yang tepat.

Kafe ini terkenal dengan pilihan makanan fusion yang menggabungkan masakan Barat dan Timur.

Tidak hanya itu, anda boleh menikmati pelbagai makanan lazat seperti mille crepe macadamia karamel masin, pasta mentega bawang putih bersama cendawan.

Selain itu, tempat ini sesuai untuk bergambar kerana dekorasinya yang menarik dan makanan yang dipersembahkan dengan indah, menjadikannya lokasi yang digemari untuk pengguna media sosial.

Jadi tidak hairanlah apabila ramai individu gemar untuk menyinggah kafe tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram