Pernah hangatkan Gegar Vaganza, Athiyyah ligat menari Zapin Mahpom, Bunian sejak kecil


  • Hiburan
  • Ahad, 25 Ogos 2024

Athiyyah Massarah sudah menjadi penari bagi Anak Takzim sejak tiga tahun lepas.

HOBI menari semakin mendapat tempat terutama dalam kalangan anak muda memandangkan ia satu aktiviti yang menyenangkan dan santai.

Malah, ramai individu yang gemar berkongsi video tarian mereka menerusi platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube.

Anak gadis berasal Johor Bahru, Johor, Athiyyah Massarah Mahru memiliki minat yang mendalam terhadap tarian sehingga mampu beraksi di atas pentas tanpa segan silu.

BACA LAGI: Pernah cetus kontroversi di Indonesia, Dua Surga Dalam Cintaku rungkai kemanisan poligami

BACA LAGI: Tak terlintas berhenti menyanyi, Naufal Azrin hanya serik jumpa orang jenis 'rembat duit'

WhatsApp Image 2024-08-21 at 5.53.57 PM

Persembahan Zapin yang dibawakan oleh Athiyyah (kiri) bersama penari lain daripada kumpulan Anak Takzim.

Keyakinan yang ditonjolkan sewaktu membuat persembahan menyebabkan ramai 'tergamam' melihat kemampuan gadis berusia 13 tahun itu.

Athiyyah berkata, dia mulai menyertai kumpulan Anak Takzim sejak kira-kira tiga tahun lepas bagi membolehkannya terlibat aktif dalam seni tari.

"Waktu itu, ibu saya bertanya untuk join persatuan Anak Takzim sebab dari usia saya enam tahun lagi memang saya jenis pantang dengar lagu. Mesti automatik rasa nak menari," katanya kepada Majoriti.

Kini, Athiyyah sudah mahir pelbagai jenis gerak tari terutama tarian tradisional seperti Zapin Pekajang, Zapin Mahpom dan Zapin Bunian.

"Untuk mahirkan pelbagai jenis tarian ini biasanya saya akan buka YouTube.

"Sebab zaman sekarang banyak asas tarian jadi saya belajar di situ. Dalam seminggu biasanya mampu untuk hafal step tarian," katanya.

WhatsApp Image 2024-08-21 at 5.50.17 PM

Ahli kumpulan Anak Takzim sering berlatih di Studio Impian Emas.

Athiyyah berkata, dalam masa seminggu, dia akan memastikan mampu berlatih sebanyak tiga kali di Studio Impian Emas, Skudai, Johor.

"Tak mudah untuk mahirkan satu jenis tarian. Jadinya memang perlu rajin berlatih. So far ahli kumpulan dalam Anak Takzim mana yang tak tahu basic pun memang cikgu-cikgu akan ajar untuk beri fokus. Bak kata orang, zero to hero," katanya.

Kini, seramai 30 orang penari dalam Anak Takzim yang datangnya daripada pelbagai negeri.

"Dalam Anak Takzim ada peringkat senior, advanced dan junior.

"Jadinya kami rapatkan diri bersama penari yang lain dengan cara berbual sewaktu latihan.

"Dari situ tahu rupanya ada yang berasal dari negeri lain. Paling jauh, ada penari yang berasal Sabah tetapi menetap di Johor," katanya.

WhatsApp Image 2024-08-21 at 5.50.15 PM (1)

Anak Takzim sering membuat persembahan di majlis-majlis tertentu.

Athiyyah mengakui, kadangkala pasti ada penari yang tersalah gerakan memandangkan persembahan tarian biasanya dibuat dalam kumpulan yang ramai.

"Bergantung dengan jenis show yang ditetapkan untuk beraksi berapa ramai.

"Waktu persembahan pernah juga tak hafal step tetapi kita teruskan sahaja dengan rasa yakin. Sambil itu jeling orang sebelah dan orang di bahagian hadapan untuk buat langkah yang betul," katanya.

Berkongsi tentang pengalaman dalam tarian, Athiyyah berkata, dia pernah ditugaskan untuk mengangkat budak perempuan lain untuk membuat persembahan tarian Indonesia.

"Biasa tengok dalam tarian lelaki yang angkat perempuan. Tetapi perempuan angkat perempuan sangat jarang. Jadinya, itu satu cabaranlah untuk saya.

"Mula-mula itu saya rasa tak yakin boleh buat tetapi lepas dua minggu berlatih saya dengan ahli kumpulan lain boleh buat dengan smooth persembahan tu," katanya.

Sejak tiga tahun lepas, Athiyyah berkata, sudah banyak pihak yang memanggil kumpulannya untuk membuat persembahan dalam acara-acara tertentu.

"Gegar Vaganza pun pernah jemput kami untuk buat persembahan. Kadang kami buat persembahan di majlis makan malam, kenduri kahwin dan juga pertunjukan fesyen," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram