Pernah cetus kontroversi di Indonesia, Dua Surga Dalam Cintaku rungkai kemanisan poligami


  • Hiburan
  • Rabu, 21 Ogos 2024

Filem Dua Surga Dalam Cintaku akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Ogos depan. 

SEBUAH filem yang diterbangkan dari Indonesia berjudul Dua Syurga Dalam Cintaku bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Ogos depan.

Filem Dua Surga Dalam Cintaku yang diarahkan oleh sutradara Kiki Nuriswan itu diadaptasi daripada novel terlaris di Indonesia yang merupakan karya pertama bekas wartawan Indonesia, Atho Al Rahman sebelum meninggal dunia akibat kanser.

Cerita filem itu disusun oleh penulis terkenal, Boni Faisal dan selanjutnya diinterpretasikan dalam babak cinta berunsur keagamaan.

BACA LAGI: Kylie Jenner tukar nama anak lagi gara-gara sindrom 'baby blues', akui dilema cari, tentukan nama anak

BACA LAGI: [VIDEO] Bertemu jodoh di TikTok, sikap tegas pasangan buka hati Hasnol tamatkan zaman duda Disember depan

WhatsApp Image 2024-08-21 at 12.42.55 PM

Filem Dua Surga Dalam Cintaku akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Ogos depan.

Lebih menarik, filem itu dibintangi pelakon hebat drama sinetron seperti Yuki Kato, Aliff Alli, Keira Shabira, Early Ashyla, Iwan Burnani, Ivanka Suwandi, Azza Galedda, Nurul Anissa Hasanah, Cahya Arynahara, Irza Mahatir, Yugo Werner dan Edy Tambudo.

Antara perkara yang menarik mengenai filem ini adalah apabila terdapat adegan pelakon utama, watak Arham Maulana (Aliff Alli) menerangkan soal sejarah pada zaman Rasulullah sambil berjalan bersama isterinya, Husna di tanah suci.

Filem tersebut disulam dengan latar belakang menarik iaitu penggambaran di Mekah, Madinah dan Taif di Arab Saudi selain Bogor dan kampus Universiti Islam Negeri (UIN) di Jakarta, Indonesia.

Salah seorang pelakon, Keira berkata, filem itu mengambil masa penggambaran selama dua minggu di tanah suci.

"Sebenarnya merupakan satu rezeki dapat buat penggambaran di sana kerana pihak berkuasa Arab Saudi memang tidak membenarkan untuk buat rakaman bagi tujuan pengfileman.

"Tetapi kami tidak menunjukkan kamera secara terbuka (menyorokkan kamera) bagi memastikan projek berjalan dengan baik," katanya.

Katanya lagi, pihak pengurusan berharap agar filem itu mampu menjadi trending di pasaran Malaysia dan Brunei.

"Filem ini sebenarnya ada kontroversi di Indonesia, tetapi sebabkan adanya kontroversi itulah menyebabkan ramai orang mulai menonton filem ini," katanya.

6208435970546711888

Etty Said Alkadrie merupakan isteri kepada penulis novel Dua Surga Dalam Cintaku iaitu Allahyarham Atho.

Meskipun filem itu pernah mencetuskan kontroversi di Indonesia, namun terdapat banyak unsur kebaikan yang diajarkan seperti terpapar adegan Arham Maulana yang enggan bersalaman dengan seorang gadis, Zilka yang belum halal baginya.

"Dalam masa yang sama kita mengajar tentang perintah Islam yang sebenar," katanya kepada Majoriti.

Sementara itu, isteri kepada bekas penulis novel filem tersebut, Etty Said Alkadrie berkata, dia gembira apabila cerita yang ditulis oleh Allahyarham Atho kini sudah memasuki pasaran luar negara.

"Mula-mula sasaran tayangan di Indonesia sahaja, tetapi sudah masuk ke Brunei dan Malaysia. Allahyarham meninggal sewaktu 2018 iaitu semasa filem ini belum selesai lagi, masih berada di tengah-tengah projek shooting," katanya.

6208435970546711889

Datuk Emmy Suraya Hussein berasa sebak melihat keikhlasan isteri pertama dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, seorang penonton yang hadir pada tayangan itu, Datuk Emmy Suraya Hussein beranggapan filem berkenaan banyak memberi pengajaran dari sudut keagamaan dan kehidupan.

"Sebak kerana keikhlasan seorang isteri yang mahu suaminya ada peneman selepas ketiadaannya," katanya.

Untuk rekod, filem Dua Syurga dalam Cintaku berkisarkan tentang seorang lelaki, Arham yang mempunyai seorang sahabat sejak kecil bernama Husna di kampung halamannya di Bogor.

Mereka saling mencintai dalam diam dan akhirnya, setelah dewasa, mereka mengakui perasaan masing-masing sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Namun, kehidupan mereka berubah apabila Husna mendedahkan bahawa disahkan menghidap kanser otak dan doktor meramalkan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa untuk hidup.

Di tengah-tengah kesibukan Arham menamatkan pelajaran di universiti, Arham secara tidak sengaja bertemu dengan seorang wanita muda bernama Zilka, yang sedang melarikan diri daripada bekas teman lelakinya yang psikopat.

Zilka adalah seorang wanita yang terperangkap dalam dunia gelap, bagaimanapun, pertemuan dengan Arham membuatkan Zilka lama-kelamaan berubah menjadi wanita solehah.

Pengorbanan Zilka yang sanggup menggunakan wang tabung bagi membolehkan impian Husna menjejakkan kaki di tanah suci tercapai sekali gus membuatkan Husna tersentuh dengan ketulusan hatinya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram