MEMILIKI hobi merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan agar masa lapang yang kita ada tidak terbiar begitu sahaja.
Hobi bukan hanya sekadar aktiviti sampingan, tetapi ianya mampu mengembangkan bakat dalam diri seseorang terhadap sesuatu perkara.
Hobi seperti bermain basikal, mendaki gunung ataupun melukis pastinya sering didengari.
BACA LAGI: Pernah cedera tak halang Augusto Akio 'juggle' sambil pamer skil luncur skateboard
BACA LAGI: Dulu jiran kini suami isteri, pencinta motosikal retro sanggup 'ride' hingga ke Kemboja
Kapal Titanic yang direka oleh Abid.
Namun, jarang kita mendengar tentang hobi mencipta kapal Titanic memandangkan ia memerlukan keterampilan teknikal dan artistik yang khusus.
Seperti Muhammad Abid Othman, dia memiliki hobi unik sejak kecil iaitu gemar mereka cipta kapal Titanic.
Lelaki berusia 24 tahun itu berkata, minatnya yang mendalam terhadap mencipta kapal Titanic bermula sewaktu dia masih berada di usia lapan tahun.
“Waktu darjah dua saya tengok cerita Titanic pukul 2 pagi dalam televisyen.
“Selepas itu saya rasa tertarik dengan props yang terdapat dalam filem tersebut. Daripada sebuah kapal yang mewah, tetapi ia tenggelam ke dalam laut,” katanya kepada Majoriti.
Abid kreatif dalam menghasilkan kapal Titanic.
Selepas itu, dia memiliki perasaan yang kuat untuk mencuba bagi hasilkan sendiri kapal Titanic sehingga kini wujudnya sebuah studio khas di dalam rumahnya.
Memiliki idea yang kreatif, semua kapal Titanic handmade yang dibuat terhasil daripada pemikirannya yang tersendiri.
"Kadang saya suka tengok di kedai-kedai miniatur kerana saya menggunakan banyak komponen miniatur. Memang guna tangan sahaja buat kapal ini.
"Saya juga pergi kedai ikan untuk beli peralatan yang diperlukan seperti tiub," katanya.
Abid gemar mencipta kapal Titanic sejak berumur 8 tahun.
Kini, Abid sudah berjaya mengumpulkan sebanyak enam kapal Titanic yang dibuat pada tahun 2008, 2009, 2010, 2012 dan 2018 dan 2023.
Lebih unik, kapal Titanic pertamanya yang dicipta pada 2008 hanya menggunakan kotak ubat gigi dan juga cat color buncho.
"Waktu itu, saya cuba buat kapal Titanic pertama guna kotak ubat gigi," katanya.
Minatnya semakin mendalam apabila projek pertamanya berhasil yang mendorong dia meneruskan dengan projek kedua.
"Waktu 2009 pula saya inovasi lagi dengan tambah peralatan. Kali ini menggunakan kertas, kadbod dan cat buncho," katanya.
Pada tahun 2012 pula, imaginasinya semakin kreatif apabila mampu meningkatkan lagi kemahirannya dalam binaan kapal Titanic.
"Tahun 2012 pula, saya gunakan dawai, kertas, gam, alat semburan dan juga cat buncho," katanya.
Abid memiliki rasa cinta terhadap kisah Titanic yang mendorongnya gemar mencipta kapal Titanic.
Projeknya semakin berkembang apabila dia menghasilkan kapal Titanic pada tahun 2018.
"Kalau tengok di TikTok dan YouTube memang tiada orang yang buat kapal Titanic yang memiliki lalu pintu masuk yang boleh ditutup dan dibuka.
"Lebih kurang macam transformers yang apabila bergerak boleh lihat semua reka bentuk dalam dan luar," katanya.
Bertanya soal ketahanan, Abid berkata, dia menambah baik projeknya pada 2018 dengan menggunakan PCV board, selain turut menggunakan fairy light, picagari, tiub dan gear.
"Disebabkan saya ambil jurusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Industri Pengangkutan) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), jadi saya tahu cara untuk jadikan sesuatu projek yang saya hasilkan itu tahan lama. Antaranya dengan menggunakan bahan dipanggil sebagai PCV board.
"Saya aplikasikan ilmu yang saya belajar waktu di universiti," katanya.
Studio Titanic yang berada di dalam sebuah bilik di rumahnya.
Kini, Abid dalam proses mengeluarkan menghasilkan sebuah lagi studio Titanic yang dibuat sejak 2023 dengan menggunakan barangan terpakai.
"Saya juga ada cipta satu bilik studio kapal Titanic untuk release tension.
"Saya spray (sembur) cawan vintaj ibu saya yang warna putih. Saya tengok di Google macam mana warna pinggan mangkuk yang terdapat dalam kapal Titanic sehinggalah berjaya cipta sama dengan corak Titanic," katanya.
Bercakap soal harapan, Abid berkata, dia mahu agar lebih banyak anak muda berani untuk mengembangkan bakat dalam sesuatu perkara yang dicintai.
"Saya memang in love dengan kapal Titanic.
"Jadi, saya mahu tunjuk yang kita budak Melayu pun boleh sahaja buat perkara yang kita minat.
"Saya juga berharap dapat berkenalan dengan seseorang yang miliki minat terhadap cerita Titanic. Tak kisah dalam ataupun luar negara untuk berkongsi sejarah tentang Titanic," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram