Gusti lengan, muzik sama-sama sebati dalam jiwa Daniesh Suffian


  • Hiburan
  • Sabtu, 17 Ogos 2024

Daniesh Suffian baru sahaja mengeluarkan lagu berjudul Jiwa.

NAMA penyanyi Daniesh Suffian semakin melonjak naik dalam industri muzik selepas berjaya mengeluarkan banyak lagu yang menggamit memori berunsur percintaan.

Antara lagu popular yang dikeluarkan oleh penyanyi bersuara lunak itu adalah seperti Mahligai, Simpanan, Jaga Dia, Jodoh, Nadi Terhenti dan Terabadi.

Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui bahawa di sebalik kerjayanya sebagai penyanyi, Daniesh juga berbakat besar dalam sukan gusti lengan.

BACA LAGI: Inilah Kita gabung paduan suara penyanyi berbilang bangsa, semarakkan semangat patriotik

BACA LAGI: Penyanyi Nora Ariffin diceraikan talak satu menerusi rakaman video di Instagram

Lebih mengagumkan, Daniesh Suffian juga merangkul pingat emas dalam kejohanan gusti lengan kebangsaan Malaysia 2023.

"Waktu itu saya bertanding dalam kategori bawah 70 kilogram. Saya tak expect mampu menang kerana hanya berhasrat untuk mencuba yang terbaik.

“Sebabnya awal-awal saya cuba menceburi bidang gusti lengan saya tidak memperoleh sebarang kemenangan," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2024-08-16 at 7.49.58 PM

Daniesh Suffian merangkul pingat emas dalam kejohanan gusti lengan kebangsaan Malaysia 2023.

Bagaimanapun, kekalahan dalam perlawanan gusti lengan tidak mematahkan semangatnya untuk terus meningkatkan kebolehan diri.

Malah, perkara itu mendorongnya untuk berusaha lebih keras.

“Bila kalah, sebenarnya perkara sebegitu mendorong saya untuk buat dengan lebih baik,” katanya.

Malah, berkali-kali kecederaan yang pernah dialami berikutan banyak menbuat latihan dalam gusti lengan.

“Cedera itu benda biasa. Pernah sampaikan tisu dekat bahagian lengan koyak.

“Kadang waktu lepas perlawanan kaki akan jadi cramp. Tetapi selepas itu akan buat proses pemulihan iaitu rehab,” katanya.

Pastinya tidak mudah membahagikan masa di antara kerjayanya sebagai penyanyi dan juga sukan wrestling.

Namun, Daniesh berkata, disebabkan latihan membina badan sudah menjadi gaya hidupnya, dia tidak berasa miliki sebarang masalah untuk menguruskan waktunya.

“Dua-dua benda itu aktif. Sebab memang dari kecil saya sudah terbiasa dengan sukan gusti lengan,” katanya.

Mengulas soal perkembangan dalam bidang muzik, Daniesh baru-baru ini mengeluarkan lagi terbaharu berjudul Jiwa.

“Lagu terbaharu ini mengisahkan tentang ibu seseorang lelaki ini mahu jodohkan dengan seseorang, tetapi rupanya perempuan yang ibu dia pilih ini adalah seorang yang dia cinta. Lirik lagu ini saya tulis bersama Omar K.” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram