[VIDEO] Bertemu jodoh di TikTok, sikap tegas pasangan buka hati Hasnol tamatkan zaman duda Disember depan


  • Hiburan
  • Jumaat, 16 Ogos 2024

Penyanyi lagu Usah Kau Kembali menemukan cinta baharu di laman Tiktok.

SETELAH lebih dua tahun bergelar duda, penyanyi Hasnol kini terbuka hati untuk menjalin cinta baharu bersama wanita pilihannya yang dikenali menerusi laman TikTok.

Pemilik nama sebenar Hasnol Hassan Ariff itu berkata, pada awalnya, dia hanya berkawan dengan wanita berkenaan selama lebih kurang dalam tempoh tiga tahun kerana berfikir wanita berkenaan sudah memiliki cinta hati.

"Mula-mula hanya sebagai kenalan sahaja. Tetapi apabila mengetahui rupanya dia masih solo, saya pun cuba untuk memulakan perbualan," katanya.

BACA LAGI: Inilah Kita gabung paduan suara penyanyi berbilang bangsa, semarakkan semangat patriotik

BACA LAGI: Bersembunyi dalam bilik hotel, suami Cut Intan Nabila sempat dicekup sebelum sempat melarikan diri

hasnol1 - 1

Hasnol Hassan Ariff bakal mendirikan rumah tangga pada Disember depan.

Takdir Tuhan menyatukan dua hati itu sehingga mereka berdua merasai keserasian di antara satu sama lain.

Lelaki berusia 54 tahun itu berkata, sifat tegas yang dimiliki wanita yang tidak mahu didedahkan namanya itu berjaya mencuri hatinya.

"Dia seorang yang tegas. Sikap tegas dia itulah yang buatkan saya lebih berdisiplin dengan diri sendiri.

"Saya rasa inilah orang yang saya perlukan. Dia boleh memacu saya ke depan lagi," katanya.

Bercakap soal tarikh, penyanyi lagu Laguku Untukmu itu berkata, dia akan melangsungkan pernikahan bersama wanita tersebut pada bulan Disember nanti.

"Insya-ALLAH hujung tahun ini saya akan tamatkan zaman duda saya ini dengan orang Pahang.

"Mudah-mudahan jodoh itulah rezeki untuk masa hadapan," katanya.

Apabila pernikahannya yang pernah didirikan sebelum ini terlerai, Hasnol turut menitipkan harapannya terhadap perkahwinan baharunya yang bakal berlangsung itu.

"Saya percaya dalam hubungan itu kena ada kepercayaan. Kalau nak cemburu pun biar bertempat.

"Selain itu, kalau tak suka sesuatu hal berkaitan pasangan cakap secara terus, jangan cakap di belakang.

"Sebab apabila hal dalam rumah tangga diceritakan dalam Tiktok, Facebook dan media sosial lain, dia akan memecahkan suasana baik dalam rumah tangga," katanya.

Hasnol turut bersyukur tidak bernikah dengan seseorang yang merupakan peminat kepada dirinya.

"Perempuan ini bukan fans saya. Dia pun pada awalnya tak tahu saya penyanyi.

"Sebab saya pernah rasa apabila kita bernikah dengan pasangan yang fans kepada diri kita. Saya berpendapat mereka mungkin hanya ada dalam sesuatu tempoh sahaja untuk sayang kita," katanya.

Bercakap soal perkembangan semasa, Hasnol berkata, dia akan mengeluarkan single terbaru berjudul Cinta Abadi pada sekitar hujung tahun ini yang dituju khas buat cinta baharunya.

"Saya nak buat kejutan untuk dia pada hari pernikahan," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram