Inilah Kita gabung paduan suara penyanyi berbilang bangsa, semarakkan semangat patriotik


  • Hiburan
  • Jumaat, 16 Ogos 2024

Penyanyi berbilang bangsa bergabung mengeluarkan single terbaru berjudul Inilah Kita.

MENYEMARAKKAN semangat patriotik, Rocketfuel Entertainment melancarkan single terbaru yang berjudul Inilah Kita sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan menjelang tiba.

Lagu ini menjadi simbolik kepada keindahan Malaysia yang kaya dengan budaya, bahasa dan agama yang pelbagai namun tetap bersatu di bawah satu bendera.

Melibatkan penyatuan pelbagai bangsa, lagu ini dihasilkan bersama-sama di antara penyanyi dari pelbagai bangsa untuk melambangkan keindahan kepelbagaian budaya di negara kita.

BACA LAGI: Baju hitam, jersi nombor 56 jadi petunjuk, mayat Nidza Afham terdampar bawah jambatan Sungai Klang

BACA LAGI: [VIDEO] Cut Intan Nabila rupanya bekas atlet fencing, 5 tahun menderita jadi mangsa keganasan rumah tangga

_DSC3691 (1)

Lagu berjudul Inilah Kita merupakan hasil kesatuan di antara pelbagai penyanyi yang berbilang bangsa.

Artis-artis yang terlibat di dalam rakaman lagu ini adalah Hael Husaini, Wani Kayrie, Balan Kash, Daniel Fong, Roshini Balachandran dan Joey Leong.

Hasil gabungan suara kesemua artis berkenaan diharapkan mampu menyampaikan mesej yang kuat tentang pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersatu padu dan terus berbangga dengan identiti kita.

Lagu berdurasi hampir tiga minit itu merupakan ciptaan gabungan bakat hebat iaitu Shazee Ishak dan Audi Mok serta Balan Kash.

Sementara itu, Ketua Rocketfuel Entertainment, Wee Sher Leen berharap agar melodi dan lirik lagu ini dapat menyentuh hati setiap rakyat di negara ini.

"Kami berharap melodi dan lirik lagu ini dapat menyentuh hati dan menggerakkan jiwa setiap rakyat Malaysia untuk terus mengekalkan perpaduan dan kebanggaan sebagai sebuah negara yang merdeka.

"Lagu ini bukan sahaja sesuai untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang akan datang tetapi juga memberi penghormatan kepada Hari Malaysia, mengingatkan kita semua bahawa semangat kebersamaan inilah yang menjadikan Malaysia unik dan istimewa," katanya.

Sher Leen turut berharap agar lagu ini menjadi lagu kebanggaan bagi rakyat Malaysia terutamanya semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Peminat boleh menstrim lagu Inilah Kita di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, Deezer, KKBox, YouTube dan YouTube Music serta menghasilkan kandungan video pada TikTok dan Instagram Reels. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram