Penyanyi Nora Ariffin diceraikan talak satu menerusi rakaman video di Instagram


  • Hiburan
  • Isnin, 12 Ogos 2024

Datuk Nora Ariffin diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli pada Isnin.

PENYANYI, Datuk Nora Ariffin, 51, diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli pada Isnin.

Lafaz cerai itu dibuat Rushdi menerusi rakaman video dikongsi penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu menerusi Instagram, sebentar tadi.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana ALLAH,” lafaznya.

BACA LAGI: Celine Dion tak rela Trump guna 'My Heart Will Go On' dalam kempen politik

BACA LAGI: 'Tak kisah jika tercedera', Syazwan Syahmi teringin berlakon jadi 'stuntman'

Terdahulu, spekulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya itu goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu, namun Nora menyangkalnya.

Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021.

Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya ketika itu, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan Rushdi yang juga sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.

Sebelum ini, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, namun Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora juga diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram