'Tak kisah jika tercedera', Syazwan Syahmi teringin berlakon jadi 'stuntman'


  • Hiburan
  • Sabtu, 10 Ogos 2024

Syazwan Syahmi ingin terjun ke bidang lakonan jika diberi peluang untuk meluaskan kariernya dalam industri hiburan.

NAMA Syazwan Syahmi pastinya dikenali ramai sejak berjaya memenangi Top ERA Kucate pada Februari lepas.

Tidak hanya pandai menyanyi, Syazwan Syahmi juga pintar menulis skrip lagu sendiri seperti lagunya berjudul Anggun Jelita dan Salahkahku.

Pastinya menghasilkan lagu tidak semudah yang difikirkan memandangkan ia memerlukan melodi dan alunan muzik yang berbeza berbanding lagu lain.

BACA LAGI: 'Ingatkan edit, rupanya real', ramai tabik hero tak didendang filem KL Drift

BACA LAGI: ‘Mahu jadi isteri no.2 suami saya tak?’, Mekyun geleng kepala diajak ‘bermadu’ oleh peminat

WhatsApp Image 2024-08-07 at 10.49.42 PM

Syazwan Syahmi menyanyi dengan penuh penghayatan.

Lelaki berusia 25 tahun itu berkata, dia kebiasaannya mencari idea berdasarkan pengalaman sendiri, rakan-rakan selain persekitarannya.

"Saya juga pernah dicurangi, jadinya pengalaman itu dijadikan sebagai inspirasi untuk hasilkan lagu.

"Kadang kita bersembang dengan kawan-kawan pengalaman mereka pun boleh ditukar menjadi lirik lagu," katanya kepada Majoriti.

Baru-baru ini, dia mengeluarkan single terbaharu berjudul Palsu hasil ciptaan komposer Ismisham.

Selepas berjaya mencipta nama dalam Top ERA Kucate, Syazwan memiliki keinginan untuk terbang lebih jauh dalam industri.

Antara impiannya adalah untuk menyertai program melibatkan televisyen seperti Big Stage ataupun Anugerah Juara Lagu (AJL).

"Saya teringin masuk pertandingan untuk pentas lebih besar supaya dapat kembangkan karier saya," katanya.

Tidak hanya itu, Syazwan juga tidak menolak jika memiliki peluang untuk terjun ke dalam bidang lakonan.

Jika memiliki peluang itu, Syazwan berkata, dia terbuka untuk mencuba sesuatu hal yang baharu.

"Saya tak kisah apa-apa watak, kalau dapat watak yang berat seperti split personality ataupun stuntman pun saya mahu cuba," katanya.

Malah, dia tidak memiliki sebarang masalah jika tercedera kerana menganggap hal itu sebagai satu pengalamannya dalam industri.

"Saya tak kisah kalau tercedera kerana saya sukakan cabaran. Kalau dapat mainkan watak filem aksi saya memang mahu mencuba sesuatu yang baharu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram