
JABATAN Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) mengesahkan tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di negeri itu telah ditarik balik.
Menerusi satu kenyataan, Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad pada Selasa, JAIS memaklumkan keputusan itu dibuat Mesyuarat Khas Jawatankausa Tauliah Bil.1/2024 pada 24 Julai lalu.
“Keputusan penarikan tauliah mengajar Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid dibuat berdasarkan kuasa Jawatankuasa mengikut subseksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang dibaca bersama perenggan 17(d)Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008,” katanya.
BACA LAGI: Penyanyi Nora Ariffin diceraikan talak satu menerusi rakaman video di Instagram
Ustaz Don diberikan tempoh 14 hari untuk merayu berkuat kuasa daripada surat penarikan tauliah diterima.
Mohd Shahzihan turut berkata, surat penarikan itu telah dikeluarkan Setiausaha Jawatankuasa Tauliah MAIS pada 31 Julai lalu.
Manakala Ustaz Don diberikan tempoh 14 hari untuk merayu berkuat kuasa daripada surat penarikan tauliah diterima. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram