SETIAP umat Islam pastinya akan berwuduk sebelum menunaikan solat memandangkan ianya merupakan salah satu syarat wajib untuk menghadap ALLAH.
Bagaimanapun, tidak semua tempat memiliki ruangan khas untuk berwuduk seperti yang tersedia di surau dan masjid.
Rata-rata rumah juga kebiasaannya hanyalah memiliki tandas yang juga umum mengetahui tidak baik untuk seseorang memasuki ruangan itu dengan terlalu lama.
Hukum mengambil wuduk di tandas adalah harus.
Ini berikutan tandas merupakan tempat yang didiami oleh syaitan.
Persoalannya, apakah hukum jika seseorang mengambil wuduk di dalam tandas?
Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), hukum sebenar berwuduk di dalam tandas adalah diharuskan.
Ini berikutan wujud dalil hadis Aisyah RA yang menyatakan Nabi Muhammad SAW mandi junub dan berwuduk di tempat yang sama iaitu di dalam bilik air seperti dinyatakan dalam riwayat al-Bukhari.
Kata Aisyah RA:
كان رسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِذا اغتسل مِن الجنابةِ غسل يديهِ, وتوضأ وُضُوءهُ لِلصلاةِ ثُم اغتسل, ثُم يُخلِلُ بِيدِهِ شعرهُ, حتى إِذا ظن أن قد أروى بشرتهُ, أفاض عليهِ الماء ثلاث مراتٍ, ثُم غسل سائِر جسدِهِ. وقالت كُنتُ أغتسِلُ أنا ورسُولُ اللهِ, صلى الله عليه وسلم مِن إِناءٍ واحِدٍ
Maksudnya: Rasulullah S.A.W apabila mandi junub baginda akan membasuh kedua tangannya (pergelangan tangan), berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian baginda mandi. Seterusnya baginda memasukkan jari-jari (menyela) ke rambut baginda, sehinggalah baginda merasakan bahawa kulit kepala baginda basah, baginda mencurahkan air ke atasnya sebanyak tiga kali. Kemudian baginda membasuh keseluruhan badan baginda. Kata A’isyah lagi: Aku dahulu mandi bersama Rasulullah S.A.W dari bekas air yang sama. [Riwayat al-Bukhari (272)]
Kesimpulannya, tidak menjadi masalah jika seseorang berwuduk di dalam tandas memandangkan perkara itu dibolehkan di dalam tandas.
Namun, perkara itu berserta syarat iaitu seseorang perlulah yakin bahawa tiada najis yang merecik dari tempat qada hajat atau terkena badan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram